Wednesday 10 June 2015

Risiko menggunakan ubat kurus




Bahayakah Kurus Dengan ‘Ubat Kurus’?






Siapa tidak suka jika mempunyai bentuk badan persis seorang ‘supermodel’. Namun, impian sebegitu tidak mungkin tercapai jika tiada usaha sendiri untuk melakukan ‘workout’ dan diet ketat yang seimbang. Justeru, jalan pintas ditemui untuk mencapai impian tanpa sebarang latihan yang menyusahkan diri. Penjualan ubat kurus, pil diet atau pil pelangsingan badan telah menjadi perniagaan cukup menguntungkan.



Walaupun tahu tentang risiko kesihatan yang bakal dihadapi, namun, seolah-olah ia tidak hiraukan. Mahukah anda merasai pengalaman ‘kurus sementara’ sebelum merana dengan pelbagai masalah kesihatan lain kelak?



Lebih menggerunkan jika ubatan yang diambil tidak mendapat saringan daripada doktor bertauliah. Dalam kebanyakkan kes yang membabitkan produk pelangsingan badan yang diharamkan, ia didapati mengandungi bahan kimia seperti phentermine, amphetamine,sibutramin, fenfluramine yang diakui mampu mengurangkan berat badan tetapi kesan sampingan yang akan dihidapi penggunanya kelak tidak kurang hebatnya.



Risiko serangan sakit jantung dan angin ahmar tidak cukup untuk menakutkan golongan ini. Mungkin juga mereka tidak tahu bahawa ramai rakan pengguna yang telah mendapat penyakit mental seperti bipolar manic, psikosis dan delusional disorder ataupun halusinasi akibat penggunaan ubat diet ini.



Fuhh, bukan mainan kesannya ya. Tiada gunanya jika kita kurus dengan penyakit. Bagi anda yang lain, lupakan saja niat untuk mengambil ubat kurus untuk kelihatan langsing dalam kadar yang cepat. Hakikatnya, kurus atau langsing bukan perkara mudah yang mampu dicapai dalam tempoh yang singkat. Sebaliknya, kurus adalah gabungan pengambilan diet terjaga, senaman yang kerap dan mungkin jika anda memerlukan pil pelangsing, ia mestilah dengan kebenaran doktor bertauliah. 


No comments:

Post a Comment