Thursday 21 February 2013

Tips untuk tingkatkan metabolisme badan





Tips untuk tingkatkan metabolisme badan


Pernah tak tengok kawan kita melantak banyak-banyak tapi badan sentiasa maintain, sedangkan kita bersungguh-sungguh jaga pengambilan kalori dan sebagainya, tapi susah sangat nak turun, bahkan makin naik pulak. Semuanya disebabkan oleh metabolisme badan yang berbeza.
Apa tu metabolisme? Secara mudahnya metabolisme ialah proses pembakaran apa yang kita makan ( karbohidrat, lemak & protein ) untuk menjadi tenaga yang akan kita gunakan untuk aktiviti seharian. Ianya dipengaruhi oleh berapa banyak kalorie yang kita ambil, aktiviti seharian kita dan juga genetik.  Jadi metabolisme badan yang tinggi amat membantu untuk proses penurunan berat badan. Bagaimana nak tingkatkan metabolisme badan? Ini beberapa tips:
  • Bina otot – keperluan tenaga oleh badan yang lebih berotot adalah lebih tinggi, jadi badan akan membakar lebih kalorie secara automatik
  • Tidur yang cukup 
  • Kerap makan tetapi makanan yang sihat dan dalam kuantiti yang sedikit – makanan adalah ibarat minyak kepada proses metabolisme, jika tiada apa untuk  dibakar maka metabolisme badan akan menurun
  • Ambil minyak ikan omega 3 – kajian menunjukkan pengambilan minyak ikan ini boleh meningkatkan pembakaran kalorie sehingga 400 kalorie sehari
  • Tentulah bersenam kan, aktiviti kardio seperti jogging, berjalan dan sebagainya sememangnya aktiviti yang sangat efektif untuk meningkatkan metabolisme badan





Friday 15 February 2013

Top 10 Makanan Malaysia Paling Menggemukkan!




Berikut adalah senarai makanan Malaysia yang paling menggemukkan. Senarai di sini tidak terhad kepada makanan tempatan Malaysia tapi makanan kegemaran di Malaysia termasuklah daripada fast food, trend dessert etc.


1. Roti Canai
Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah tapi sememang bukan pilihan yang sihat.

2. Nasi Lemak
Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan santan yang berlemak tinggi, nilah kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam 600kcal 

3. Fast Food
Fast food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh cecah 900kcal.

4. Local Fast Food a.k.a Mamak
Bagi saya, Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti lebih segenggam.

5. Donuts
Tren makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1″ dah 1200kcal.

6. Pisang Goreng
Pisang goreng adalah tren bagi mereka yang bekerja. Kalau ada yang keluar untuk temujanji, pasti akan pulang dengan pisang goreng. 1x pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).

7. Minuman Bergula
Masalah minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula berkarbonat = 150kcal.

8. Teh Tarik
1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.

9. Kuih Muih
Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.

10. Nasi
sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1 genggam sederhana = 150kcal. 












Anda tertalu kurus ? 4 Langkah ini mungkin menbantu anda


Masalah Kurus? 4 Langkah Untuk Tambah Berat Badan


Saya sering menulis tentang tip-tip kurangkan berat badan tetapi sesetengah orang mengalami masalah kurus. Tidak dinafikan bagi mereka, sememangnya ia masalah yang memberi kesan negatif terhadap keyakinan dan lain-lain. Dulu pelakon Taylor Lautner pun mengalami masalah yang sama.

Apa susah, makanlah lebih!

Dalam seminar-seminar saya, itulah jawapan yang sering dilaungkan. Tapi kalau tanya si kurus, memang makan apa pun tak boleh. Penambahan berat badan perlukan pendekatan dan pemahaman yang teliti. ikut dan fahamilah langkah-langkah berikut:
  1. Kira keperluan kalori seharian anda atau DCR. DCR anda bergantung kepada umur, jantina, berat, tinggi dan kadar aktiviti seharian. Katakanlah ia 1,800kcal sehari. Kita guna angka teresebut untuk langkah seterusnya.

  2. Catat pelan pemakanan am anda. Senaraikan makanan dan minuman yang anda biasa makan dalam sehari dan cuba catatkan kalori untuk setiap perkara. 
    Pastikan jumlah kalori seharian anda TIDAK kurang daripada DCR anda atau untuk contoh di sini, 1,800kcal. Ini dinamakan kalori surplus.

  3. Gunakan suplemen penambah berat (weight gainer) untuk menambah jumlah pengambilan kalori anda setiap hari. Ini tidak wajib tapi kalau anda malas atau sukar untuk sediakan makanan, suplemen weight gainer ini dapat membantu.
    Ingat: suplement weight gain itu cumalah makanan. Ia tidak mengandungi apa2 ramuan ajaib untuk menambah berat badan begitu sahaja.

  4. Angkat berat atau weight training. Tak kira lelaki mahupun perempuan, anda wajib melakukan senaman rintangan, beban atau weight training untuk menggalakkan tumbesaran otot. Inilah dimana ramai yang ingin tambah berat badan gagal. Untuk panduan senaman angkat berat, bolehlah rujuk kepada ribuan video di YouTube atau kalau anda mampu, cuba dapatkan panduan 1-2 sessi daripada jurulatih peribadi. Yang penting anda tahu cara yang betul, kalau tidak memang masa yang anda luangkan di gym memang sia-sia.
    Ingat: Kalau anda ke gym sekalipun, pastikan anda pandai execute senaman-senaman tersebut supaya dapat kualiti dan kesan yang diingini.









klik :

Macam mana nak kurus cepat


kepakaran kami adalah Mencari dan membantu individu yang benar-benar SERIUS untuk turun berat badan, tambah berat badan, mahu sihat dan ubah kehidupan . menyelesaikan masalah berat badan anda sehingga 10kg dalam 30 hari secara selamat & semulajadi.Tidak perlu senaman, mudah diikuti,keberkesanan dijamin 100%!

hubungi 012-3969017 / 017-3214917 



klik :





Ramai orang ingin jadi kurus atau turunkan berat badan. Kerana itu mereka selalu cuba mencari cara paling cepat untuk turunkan berat badan. Jika ada yang bertanya kepada saya macam mana nak kurus cepat, saya tidak ada jawapannya, tetapi saya tahu cara untuk kurus dengan sihat, iaitu dengan menggunakan produk Herbalife

Macam mana nak kurus cepat dengan produk Herbalife?

Ramai yang sedar tentang kepentingan kurus secara sihat dan mengambil keputusan untuk mengambilproduk Herbalife bagi membantu mereka. Tetapi mereka masih bertanyakan kepada saya macam mana nak kurus cepat di awal pengambilan produk Herbalife.

Sebenarnya, dalam program diet apa pun, memang ramai yang mengharapkan mereka mendapat result yang cepat ketika menurunkan berat badan. Tidak dinafikan bahawa penurunan yang cepat memberikan lebih motivasi kepada seseorang individu untuk kekal dalam sesuatu program diet yang dipilih.

Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk dapat turun berat badan dengan cepat. Biasanya pilihan kaedah turun berat secara cepat adalah jenis kurang sihat. Contohnya jika berlapar selama beberapa hari, sudah tentu berat akan turun, Tetapi ini akan memberikan kesan tidak baik, seperti merendahkan kadar metabolisme dan menurunkan nutrisi dalam badan. Perbuatan ini akan memberikan kesan tidak baik selepas itu, seperti berat badan naik lebih banyak daripada sebelumnya.

Selain daripada itu, program penurunan berat badan yang sangat ‘strict’ adalah susah untuk dikekalkan. Sebagai contohnya, jika seseorang jenis yang suka makan nasi. Apabila dia mengikuti program yang menyebabkan tidak boleh mengambil nasi langsung, mungkin dia hanya dapat bertahan untuk seketika sahaja. Apatah lagi dalam budaya Malaysia ini, bukan mudah untuk kita meninggalkan menu ‘nasi’ dalam kehidupan seharian kita.
Jadi, macam mana nak kurus cepat bukan persoalannya. Yang penting ialah macam mana kita nak turun berat badan secara sihat dan dapat mengekalkannya.

Produk Herbalife dapat menurunkan berat badan secara sihat, dan dalam masa yang sama memberikan kesihatan yang baik kepada kita. Apa yang penting ialah, sesiapa yang ingin menggunakan produk Herbalife mesti mempunyai produk yang sesuai dengan keperluan masing-masing, dan mempunyai seorang Coach untuk membantu mereka mendapat panduan menggunakan produk dengan cara yang betul. Dengan produk dan coaching yang betul, serta komitmen dan usaha bersungguh-sungguh, seseorang itu akan dapat turunkan berat dan mengekalkannya.



"kepakaran kami adalah Mencari dan membantu individu yang benar-benar SERIUS untuk turun berat badan, tambah berat badan, mahu sihat dan ubah kehidupan . menyelesaikan masalah berat badan anda sehingga 10kg dalam 30 hari secara selamat & semulajadi.Tidak perlu senaman, mudah diikuti,keberkesanan dijamin 100%!"

hubungi 012-3969017 / 017-3214917 atau 


klik :




Tips macam mana nak kurus lebih cepat

Sebagai seorang Coach Herbalife, apabila ada Coachee yang bertanyakan kepada saya ‘Macam mana nak kurus cepat dengan produk Herbalife’, saya akan memberikan beberapa tips kepada mereka. Antara tips yang paling penting ketika memulakan sesuatu program menurunkan berat badan ialah dengan membuat persediaan yang secukupnya dari segi pemikiran, tubuh badan dan tempat tinggal.

Pemikiran kita harus bersedia untuk berubah. Kita perlu kenalpasti sebab mengapa kita ingin menurunkan berat badan. Dengan mempunyai sebab yang kukuh, ini dapat memberikan motivasi yang kuat untuk kita kekal dengan aturan pemakanan sihat yang ingin kita laksanakan. Cara paling mudah ialah dengan menulis alasan kenapa kita mahu kurus, dan untuk melihatnya setiap hari. Dengan cara ini kita dapat mengingati setiap hari result yang kita inginkan, dan mengekalkan motivasi kita sendiri.

Dari segi tubuh badan kita juga, kita harus bersedia. Kita perlukan tenaga yang mencukupi walaupun sedang mengikuti program menurunkan berat badan. Dengan tenaga ini kita akan mempunyai tenaga untuk melakukan senaman ringan bagi mendapat kesan penurunan lebih efektif.

Elakkan menyimpan stok makanan kurang sihat atau ‘junk food’ di dalam rumah. Sebaik sahaja kita ambil keputusan untuk memulakan diet, seeloknya makanan tidak sihat dihapuskan dari dalam rumah dan menggantikannya dengan makanan yang lebih sihat dan berkhasiat seperti buah-buahan atau sayuran segar. Dengan ini, apabila kita terasa lapar atau ‘craving’ untuk mengunyah, kita hanya mempunyai pilihan makanan sihat sahaja di dalam rumah.

Selain itu juga, seseorang boleh mengambil shake Herbalife bila-bila masa sahaja terasa lapar.
Pilihan menu juga adalah penting. Ada orang boleh ambil menu yang sama setiap hari, tetapi ada orang cepat terasa jemu. Seeloknya buat perancangan menu untuk seminggu beserta dengan kalori makanan. Dengan ini, anda akan dapat membuat pilihan lebih bijak dan tepat dan dapat mengawal pengambilan kalori.
Kesimpulannya, ada banyak cara untuk turun berat badan. Macam mana nak kurus cepat bergantung kepada usaha dan disiplin kita dalam pemilihan dan aturan pemakanan.

Jika anda ingin mendapatkan nasihat bagi pengambilan shake Herbalife untuk menurunkan berat badan, bolehhubungi saya melalui hshorizon12@gmail.com  atau SMS ke 012-3969017 @ 017-3214917. Saya bersedia menjadi Coach Herbalife anda.







klik :