Thursday 24 October 2013

Macam mana nak atasi KULIT GELEBER?

Macam mana nak atasi KULIT GELEBER?


Apabila kita berdiet (ambil kalori kurang dari keperluan) dan bersenam, sudah pasti akan berlaku penurunan berat badan.

Apabila penurunan berat badan terlalu drastik, akan berlaku kulit mengeleber. Maklumlah penurunan berat badan tersebut disebabkan KEHILANGAN jisim LEMAK & OTOT sekali gus.

Bagaimana untuk atasi masalah ini?

1) Kombinasikan latihan kardio serta latihan bebanan. Walaupun ia menyebabkan penurunan berat badan anda perlahan tapi percayalah proses metabolisma dan pembakaran lemak pada diri anda sangat tinggi berbanding melakukan KARDIO semata-mata.

2) Penuhi keperluan protein seharian. Kita perlukan 0.8gram hingga 1.5 gram protein per lb berat badan kita.

sebagai contoh, anda perlukan 1 gram protein per lb berat badan anda.

berat badan anda 70kg. Tukar kepada unit lb (kena darab 2.2) jadi berat badan anda dalam lb adalah 154lb. So protein yang anda perlukan dalam masa sehari adalah 154gram.

dari mana nak cari sumber protein? Daripada telur, whey, ayam, daging & ikan.

Secara umunya, sebiji telur ada 8 gram protein. whey satu sediaan 20gram protein. ayam pula untuk bahagian dada dalam 30 gram protein (bergantung pada saiz).

Kehadiran protein yang tinggi dalam badan dapat meransang sintesis sel otot. Tapi awas, sila pantau setiap kalori yang diambil.

3 ) Supplement seperti kolagen juga dapat membantu menegangkan sel kulit. Namun kajian masih dijalankan untuk menguji keberkesanannya. So jika anda ada bajet lebih, boleh amalkan kolagen. Jika tidak, memadai lakukan point 1) & 2)


Akhir sekali, jika penurunan berat badan anda terlalu pantas atau drastik ia tidak bukan sesuatu yang bagus dan sihat. Sekadar turun 1kg seminggu sudah memadai. Yang penting dalam minggu berkenaan jadual kita ada meliputi latihan kardio, latihan bebanan dan jadual diet yang sihat.








9 soalan popular yang sering ditanya tentang kuruskan badan

1. Soalan: Derma darah boleh jadi gemuk?

Jawapan: Tak. Derma darah bagus untuk meransang sistem badan kita menghasilkan lebih banyak darah. Ia tidak menambah kalori pun.




2. Soalan: Lagi banyak peluh keluar, lagi banyak kalori digunakan?

Jawapan: Tidak semestinya. Peluh keluar sebab suhu badan kita meningkat. So untuk kembalikan suhu badan ke paras normal, peluh mesti keluar. Ia sebagai sistem penyejukkan diri kita.




3. Soalan: Mandi lepas makan boleh menyebabkan kegemukkan?

Jawapan: Ajaran sesat itu. Tidak benar sama sekali.




4. Soalan: Minum air menyebabkan kegemukkan?

Jawapan: Tidak benar. Tiada kajian membuktikan minum ais atau air sejuk menyebabkan kegemukkan.





5. Soalan: Tidur lepas makan menyebabkan gemuk?
Jawapan: Tidak. Tapi tak bagus untuk sistem pencernaan.



6. Soalan: Whey protein menyebabkan lemak makin bertambah?

Jawapa: Tidak semestinya. Satu hidangan whey protein mempunyai 120kcal sahaja. Lainlah kalau mass gainer dimana satu hidangan boleh mencecah 1000kcal.




7. Soalan: Sauna dapat bakar lemak?

Jawapan: Tidak. Ia hanya dapat membakar sedikit kalori sahaja.



8. Soalan: Spray yang dapat membakar lemak itu berkesan ke?
Jawapan: Tidak sama sekali. Penjual hanya mahu ambil kesempatan keatas diri anda sahaja. Penjual itu tahu orang kita ini jenis suka mencuba perkara yang pelik2.



9. Soalan: Boleh ke membuang lemak pada kawasan tertentu seperti bawah lengan dan perut?

Jawapan: Tidak boleh. Anda perlu buang lemak secara keseluruhan dengan menghasilkan defisit kalori terhadap keperluan kalori seharian anda.












Apakah cara yang terbaik untuk menurunkan berat badan?






Soalan:

Apakah cara yang terbaik untuk menurunkan berat badan?


Jawapan:

Banyak cara untuk menurunkan berat badan. Dan semua orang MAMPU untuk menurunkan berat badan.

Dengan diet sahaja pun berat badan anda boleh turun dengan rancaknya.

Tetapi, apa yang ingin admin ketengahkan disini adalah 'FAT LOSS'.

Target kita adalah nak turunkan % lemak dalam badan disamping mengekalkan jisim otot.

Jika strategi kita ingin menurunkan %lemak, kita mungkin tidak akan alami penurunan berat badan yang ketara.

Tetapi perubahan fizikal pasti kita rasai. Contohnya bila timbang berat badan sama tapi seluar yang lama sudah muat dipakai.




Antara kelebihan untuk kita memilih 'fat loss' berbanding 'weight loss' adalah:

  • - Susuk fizikal kita lebih menarik. Tegap dan mantap. Tidak kurus kering tinggal tulang
  • - Stamina kita berada pada tahap yang baik. Berbanding kurus tapi suruh lari 2km dah semput.
  • - Fungsi neuro-otot (neuro-muscular) berada pada tahap terbaik.
  • - Melambatkan proses penuaan dan kedutan.
  • - Kekuatan dapat ditingkatkan.
  • - Dapat mencegah dari penyakit kronik. Admin telah berjumpa orang kurus tapi paras kolestrol sangat tinggi.

Bagaimana strategi untuk 'fat loss'?

Seperti biasa pelan diet dan senaman yang melibatkan kardio serta latihan bebanan perlu dilakukan.








Tahukah anda organ yang paling bahaya sekali adalah LEMAK DI PERUT?

Tahukah anda organ yang paling bahaya sekali adalah LEMAK DI PERUT?

Menurut Dr Robert R. Henry yg merupakan pakar endokrinology dari bhgn medical university California mengatakan lemak yang terkumpul akibat lebihan kalori boleh membentuk organ di perut.

Tidak seperti organ lain yang memberi manfaat pada sistem fisiologi badan, lemak di perut boleh merembeskan inflamasi yang bertoksik.

Tidak cukup dengan itu, lemak berkenaan juga membebaskan radikal bebas yg boleh melemahkan jantung, merosakkan salur darah dan melemahkan sistem imun badan.

Langkah terbaik untuk hilangkan lemak berkenaan adalah dengan kurangkan manis dalam makanan dan minuman, elakkan semampu mungkin makanan berminyak dan sila lakukan aktiviti fizikal dengan intensiti yang tinggi (cth: berlari)










ketahui kunci utama untuk badan kita membakar lemak.

Bina otot untuk membakar lemak lebih pantas!

Metabolisma adalah salah satu kunci utama untuk badan kita membakar lemak.

Metabolisma adalah proses berapa pantas kalori ditukar kepada tenaga yang diperlukan oleh badan kita.

Metabolisma ini sebenarya dipengaruhi oleh beberapa faktor adalah seperti:
1) umur (selepas 40 metabolisma drop)
2) Gender (lelaki lebih tinggi dari wanita)
3) Genetik (keturunan)

Faktor  diatas mungkin sesuatu yang anda tidak boleh ubah.

Namun jangan risau, ada lagi faktor selain diatas yang mampu meningkatkan metabolisma anda dan seterusnya meningkatkan proses penukaran kalori kepada tenaga.

Iaitu bina otot.

Latihan bina otot atau bahasa pasar kita sebut 'workout' mampu menjadikan diri anda mesin pembakar lemak yang pantas.

Bayangkan, dengan setiap pertambahan 0.45kg otot pada diri anda sebenarnya dapat membakar lebih 30-50 kalori sehari berbanding biasa.

Selain itu, workout juga dapat mengaktifkan otot-otot skeletal di seluruh tubuh anda. Ia menjadikan anda kelihatan lebih cantik 'toned' berbanding tubuh yang diseliputi oleh lemak yang berle
bihan.







Gemuk boleh menyebabkan kanser?

Gemuk menyebabkan kanser?

Penelitian dari di Institute of Cancer Research, London menunjukkan perkaitan gaya hidup yang kurang aktif dan pengambilan makanan tidak sihat (fast food) menjurus kepada kegemukkan dan 35% daripada golongan tersebut mempunyai risiko yang tinggi mengidap KANSER.

Antara kanser yang mempunyai perkaitan dengan kegemukkan adalah kanser paru-paru, kulit, ginjal, prostat, ovari dan juga payudara.

Institute berkenaan juga menyatakan 'kemungkinan' pertambahan sel lemak dalam badan menjurus kepada ketidaknormalan pertumbuhan sel. Dan seterusnya menyebabkan terjadinya sel kanser.

Apabila kanser sudah berada ditahap yang teruk dimana sel berkenaan sudah merebak ke tempat lain (metastasis) maka peluang untuk hidup sangat tipis.










Mengapa kita sering mengantuk atau letih



Soalan: saya sering keletihan dan mengantuk di waktu sebelah petang? Walaupun dah 3 cawan coffee saya ambil..


Jawapan:

Faktor keletihan dan mengantuk ada banyak sebab. Yang paling utama sudah tentu tidur tidak cukup 7 hingga 8 jam sehari.

Yang kedua mungkin 'fitness' atau tahap kecerdasan anda kurang. Ini terjadi sebab anda kurang bersenam.

Yang ketiga mungkin faktor coffee yang anda ambil. Ketika pagi, anda ambil coffee ia akan menyengarkan anda.

Tetapi jika diambil coffee SECARA BERLEBIHAN boleh menyebabkan anda keletihan dan mengantuk.








Saya mengidap KENCING MANIS, apa yang perlu saya lakukan?

Saya mengidap KENCING MANIS, apa yang perlu saya lakukan? 


Kencing manis terjadi apabila sensitiviti sel terhadap hormon insulin semakin berkurang.

Apabila glukosa dalam darah tinggi, untuk mengembalikan paras glukosa menjadi normal, glukosa perlu disimpan didalam sel-sel badan.

Tetapi, glukosa tidak boleh masuk sendiri atau sesuka hatinya kedalam sel-sel badan. Ia memerlukan kunci untuk membuka pintu sel. kunci inilah yang kita namakan insulin.

Bagi kes kencing manis, insulin ini tidak lagi boleh membuka pintu-pintu sel. sensitiviti insulin terhadap sel berkurang atau tiada langsung. Sel-sel sudah tidak lagi mempedulikan 'kehebatan' insulin....

Jadi glukosa tidak dapat dibawa masuk kedalam sel dan kepekatannya semakin meningkat kedalam sel.

dan disebabkan itu pesakit diabetes akan berasa cepat dahaga dan kerap membuang air kecil.

Ok, setakat ini admin harap anda faham bagaimana kencing manis terjadi...

Jadi jika anda disahkan kencing manis, apa yang perlu anda buat?

ada 3 perkara yang perlu anda buat...



PERTAMA : diet...jika memerlukan diet yang betul agar kandungan glukosa dalam badan tidak bertambah banyak.


Jadi perbanyakkan makan serat dan stop makan nasi beras biasa. seeloknya makan beras perang seperti basmati.

KEDUA : senaman...kajian menunjukkan untuk pesakit diabetes jenis 2 senaman dapat meningkatkan kadar sensitiviti insulin terhadap sel badan kita. Jadi glukosa dalam darah dan dalam sel akan seimbang.

Tidak perlu senaman kuat-kuat. sekadar berjalan kaki pantas (brisk walk) selama 1 jam sudah memadai untuk dilakukan 3 kali seminggu.

KETIGA : makan ubat dengan betul...ramai yang komplen ubat hospital tidak berjaya menurunkan kandungan gula dalam darah...kenapa ia terjadi?
sebabnya cara makan tidak betul..












saya nak kurangkan berat badan, apa yang perlu saya makan?




Soalan: saya nak kurangkan berat badan, apa yang perlu saya makan? pagi, tengahari, petang, malam apa yang bagus untuk diet?


Jawapan:


Setiap individu tidak sama corak pengambilan dietnya. Ia bergantung kepada keperluan tenaga kita seharian.

Satu lagi, corak diet anda mestilah menepati selera anda. Supaya anda tidak boring. Pelbagaikan jenis diet dan anda pasti akan rasa 'enjoy' apabila mengamalkan diet yang sihat.

Ok! pertama sekali anda perlu kira berapakah keperluan BMR atau Basal Metabolic Rate anda.

BMR ini adalah tenaga yang anda perlukan sehari dan ia tidak termasuk senaman atau aktiviti fizikal.

Nilai kalori BMR ini anda tidak boleh kurang. Kalau kurang metabolisma anda akan jatuh.

Untuk menurunkan berat badan, kita kena lihat pada DCR iaitu Daily Calorie Requirement dimana kalori yang kita perlukan seharian supaya berat badan kita 'maintain'.

So nak turunkan berat badan, kalori yang kita ambil seharian mestilah kurang dari nilai DCR.

Seeloknya kurang 500kcal dalam masa sehari dari nilai DCR.

Contohnya nilai DCR kita 3000kcal sehari yang diperlukan. So untuk turunkan berat badan kalori yang perlu kita ambil adalah 2500kcal sahaja.

Tahukah anda, untuk membuang 1kg LEMAK ia memerlukan penyusutan kalori sebanyak 7700kcal.

So jika sehari anda berjaya kurangkan 500kcal dari sebelum ini. Maka anda memerlukan 15 hari supaya berat badan anda turun hanya 1 kg!

Ya! bukan mudah nak turunkan berat badan sebanyak 1kg.









Bakar lemak dengan latihan pecutan

Kenapa anda perlu membuat pecutan?

Semasa kita melakukan senaman kardio, jangan lupa untuk masukkan sekali elemen pecutan.

Selain daripada pembakaran lemak selepas latihan, hasil aktiviti pecutan juga memberikan impak yang besar terhadap hormon.

Dimana pembebasan hormon endorphin selepas latihan dapat memberikan perasaan seronok dan hilang stress.

Selain daripada itu, larian pecutan juga akan meransang pembebasan hormon anabolik bagi tujuan pembesaran otot dan meningkatkan penyerapan nutrien ke dalam sel otot.

Dan akhir sekali, kajian telah membuktikan larian pecutan dapat meningkatkan sensitivti insulin terhadap reseptor sel-sel otot.

Macam mana nak buat latihan pecutan.

Sebenarnya ia bergantung kepada fitness diri anda. Sebagai contoh, anda berlari 20 saat dan berjalan 10 saat. Ulangi 8 kali.

Oleh itu, dalam masa seminggu paling kurang anda telah rancang 3 hari untuk membuat larian pecutan.








Bagaimana Protein membantu untuk membina muscle

Soalan:

Saya nak bina muscle tapi saya tak nak ambil any supplement dan juga makanan tambahan.


Jawapan:

Untuk membina otot, pengambilan protein yang cukup dan menepati sasaran untuk berlakunya pembesaran otot.

Kalau anda mempunyai disiplin yang tinggi, anda boleh sahaja memilih sumber diet yang natural.

Seperti ayam, daging, ikan, telur dan sebagainya.

Namun, natural diet ini kadang-kadang mengandungi bersama lemak. So hati-hati apabila memilih makanan tersebut.

untuk memudahkan kerja anda boleh ambil nutrisi seperti whey protein. Ia dapat membekalkan keperluan sumber protein yg mencukupi bagi diri anda.

Protein cukup barulah muscle dapat diperbesarkan lagi.













Tuesday 22 October 2013

Mengapa anda ingin Turunkan Berat Badan?

Jika anda ada terlalu banyak lemak – terutamanya jika kebanyakannya pada pinggang anda – anda berada pada risiko yang lebih tinggi bagi masalah-masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kolesterol darah tinggi dan kencing manis. 

Dan anda tidak sendirian! Lebih 60% dari rakyat Malaysia adalah terlebih berat badan, dengan 50% dari jumlah itu berada dalam kategori obes. Statistik ini adalah mencemaskan kerana obesiti sekarang dikenalpasti sebagai faktor risiko utama dan sendirian bagi penyakit jantung.



BMI anda: Indeks jisim tubuh (BMI) menilai berat badan anda relatif kepada ketinggian. Ianya satu ukuran komposisi tubuh yang berguna kerana ia menghubungkaitkan lemak tubuh dalam kebanyakan orang. Jika indeks jisim tubuh anda ialah 25.0 atau lebih, anda akan mendapat manfaat dengan menurunkan nombor anda ke bawah 25. Jika BMI anda adalah 30.0 atau lebih tinggi, anda pada risiko jelas bagi mendapat masalah kesihatan jantung.

Mengapa Menurunkan Berat Badan Penting Untuk Kesihatan Saya?

Bayangkan membawa beg galas 10 kg sepanjang hari, setiap hari. Ia membebankan, samalah juga seperti berat badan berlebihan. Apabila anda membuang lemak berlebihan dan berat yang tidak diperlukan, anda mengurangkan beban jantung, paru-paru, salur-salur darah dan tulang-tulang anda. Anda memberikan diri anda pemberian untuk hidup dengan aktif, merendahkan tekanan darah anda dan juga membantu anda rasa diri lebih baik dan yakin.

Apa Yang Boleh Saya Buat Untuk Menurunkan Berat Badan?

Jika anda terlebih berat badan atau obes, anda boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung dengan menurunkan berat badan dan mengekalkannya. Malah menghilangkan seserendah dua atau tiga kilogram boleh memberikan penurunan tekanan darah yang dramatik.

Ketahui keperluan kalori anda: 
Apabila merancang untuk menghilangkan berat badan, ianya penting untuk memahami apakah pengambilan kalori yang disarankan yang perlu bagi jantina, umur dan tahap aktiviti fizikal anda.

Kesan dan jejak kalori anda: 
Walau jika anda menjejak apa yang anda makan selama beberapa hari, anda akan belajar banyak tentang tabiat anda. Kira jumlah kalori makanan yang anda makan berbanding dengan kalori tenaga yang anda gunakan pada tahap aktiviti fizikal anda. Ianya adalah berkaitan dengan mengimbangkan kalori masuk dan kalori keluar, dan belajar merancang sewajarnya untuknya.



Thursday 21 February 2013

Tips untuk tingkatkan metabolisme badan





Tips untuk tingkatkan metabolisme badan


Pernah tak tengok kawan kita melantak banyak-banyak tapi badan sentiasa maintain, sedangkan kita bersungguh-sungguh jaga pengambilan kalori dan sebagainya, tapi susah sangat nak turun, bahkan makin naik pulak. Semuanya disebabkan oleh metabolisme badan yang berbeza.
Apa tu metabolisme? Secara mudahnya metabolisme ialah proses pembakaran apa yang kita makan ( karbohidrat, lemak & protein ) untuk menjadi tenaga yang akan kita gunakan untuk aktiviti seharian. Ianya dipengaruhi oleh berapa banyak kalorie yang kita ambil, aktiviti seharian kita dan juga genetik.  Jadi metabolisme badan yang tinggi amat membantu untuk proses penurunan berat badan. Bagaimana nak tingkatkan metabolisme badan? Ini beberapa tips:
  • Bina otot – keperluan tenaga oleh badan yang lebih berotot adalah lebih tinggi, jadi badan akan membakar lebih kalorie secara automatik
  • Tidur yang cukup 
  • Kerap makan tetapi makanan yang sihat dan dalam kuantiti yang sedikit – makanan adalah ibarat minyak kepada proses metabolisme, jika tiada apa untuk  dibakar maka metabolisme badan akan menurun
  • Ambil minyak ikan omega 3 – kajian menunjukkan pengambilan minyak ikan ini boleh meningkatkan pembakaran kalorie sehingga 400 kalorie sehari
  • Tentulah bersenam kan, aktiviti kardio seperti jogging, berjalan dan sebagainya sememangnya aktiviti yang sangat efektif untuk meningkatkan metabolisme badan





Friday 15 February 2013

Top 10 Makanan Malaysia Paling Menggemukkan!




Berikut adalah senarai makanan Malaysia yang paling menggemukkan. Senarai di sini tidak terhad kepada makanan tempatan Malaysia tapi makanan kegemaran di Malaysia termasuklah daripada fast food, trend dessert etc.


1. Roti Canai
Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah tapi sememang bukan pilihan yang sihat.

2. Nasi Lemak
Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan santan yang berlemak tinggi, nilah kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam 600kcal 

3. Fast Food
Fast food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh cecah 900kcal.

4. Local Fast Food a.k.a Mamak
Bagi saya, Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti lebih segenggam.

5. Donuts
Tren makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1″ dah 1200kcal.

6. Pisang Goreng
Pisang goreng adalah tren bagi mereka yang bekerja. Kalau ada yang keluar untuk temujanji, pasti akan pulang dengan pisang goreng. 1x pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).

7. Minuman Bergula
Masalah minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula berkarbonat = 150kcal.

8. Teh Tarik
1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.

9. Kuih Muih
Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.

10. Nasi
sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1 genggam sederhana = 150kcal. 












Anda tertalu kurus ? 4 Langkah ini mungkin menbantu anda


Masalah Kurus? 4 Langkah Untuk Tambah Berat Badan


Saya sering menulis tentang tip-tip kurangkan berat badan tetapi sesetengah orang mengalami masalah kurus. Tidak dinafikan bagi mereka, sememangnya ia masalah yang memberi kesan negatif terhadap keyakinan dan lain-lain. Dulu pelakon Taylor Lautner pun mengalami masalah yang sama.

Apa susah, makanlah lebih!

Dalam seminar-seminar saya, itulah jawapan yang sering dilaungkan. Tapi kalau tanya si kurus, memang makan apa pun tak boleh. Penambahan berat badan perlukan pendekatan dan pemahaman yang teliti. ikut dan fahamilah langkah-langkah berikut:
  1. Kira keperluan kalori seharian anda atau DCR. DCR anda bergantung kepada umur, jantina, berat, tinggi dan kadar aktiviti seharian. Katakanlah ia 1,800kcal sehari. Kita guna angka teresebut untuk langkah seterusnya.

  2. Catat pelan pemakanan am anda. Senaraikan makanan dan minuman yang anda biasa makan dalam sehari dan cuba catatkan kalori untuk setiap perkara. 
    Pastikan jumlah kalori seharian anda TIDAK kurang daripada DCR anda atau untuk contoh di sini, 1,800kcal. Ini dinamakan kalori surplus.

  3. Gunakan suplemen penambah berat (weight gainer) untuk menambah jumlah pengambilan kalori anda setiap hari. Ini tidak wajib tapi kalau anda malas atau sukar untuk sediakan makanan, suplemen weight gainer ini dapat membantu.
    Ingat: suplement weight gain itu cumalah makanan. Ia tidak mengandungi apa2 ramuan ajaib untuk menambah berat badan begitu sahaja.

  4. Angkat berat atau weight training. Tak kira lelaki mahupun perempuan, anda wajib melakukan senaman rintangan, beban atau weight training untuk menggalakkan tumbesaran otot. Inilah dimana ramai yang ingin tambah berat badan gagal. Untuk panduan senaman angkat berat, bolehlah rujuk kepada ribuan video di YouTube atau kalau anda mampu, cuba dapatkan panduan 1-2 sessi daripada jurulatih peribadi. Yang penting anda tahu cara yang betul, kalau tidak memang masa yang anda luangkan di gym memang sia-sia.
    Ingat: Kalau anda ke gym sekalipun, pastikan anda pandai execute senaman-senaman tersebut supaya dapat kualiti dan kesan yang diingini.









klik :

Macam mana nak kurus cepat


kepakaran kami adalah Mencari dan membantu individu yang benar-benar SERIUS untuk turun berat badan, tambah berat badan, mahu sihat dan ubah kehidupan . menyelesaikan masalah berat badan anda sehingga 10kg dalam 30 hari secara selamat & semulajadi.Tidak perlu senaman, mudah diikuti,keberkesanan dijamin 100%!

hubungi 012-3969017 / 017-3214917 



klik :





Ramai orang ingin jadi kurus atau turunkan berat badan. Kerana itu mereka selalu cuba mencari cara paling cepat untuk turunkan berat badan. Jika ada yang bertanya kepada saya macam mana nak kurus cepat, saya tidak ada jawapannya, tetapi saya tahu cara untuk kurus dengan sihat, iaitu dengan menggunakan produk Herbalife

Macam mana nak kurus cepat dengan produk Herbalife?

Ramai yang sedar tentang kepentingan kurus secara sihat dan mengambil keputusan untuk mengambilproduk Herbalife bagi membantu mereka. Tetapi mereka masih bertanyakan kepada saya macam mana nak kurus cepat di awal pengambilan produk Herbalife.

Sebenarnya, dalam program diet apa pun, memang ramai yang mengharapkan mereka mendapat result yang cepat ketika menurunkan berat badan. Tidak dinafikan bahawa penurunan yang cepat memberikan lebih motivasi kepada seseorang individu untuk kekal dalam sesuatu program diet yang dipilih.

Walau bagaimanapun, bukan mudah untuk dapat turun berat badan dengan cepat. Biasanya pilihan kaedah turun berat secara cepat adalah jenis kurang sihat. Contohnya jika berlapar selama beberapa hari, sudah tentu berat akan turun, Tetapi ini akan memberikan kesan tidak baik, seperti merendahkan kadar metabolisme dan menurunkan nutrisi dalam badan. Perbuatan ini akan memberikan kesan tidak baik selepas itu, seperti berat badan naik lebih banyak daripada sebelumnya.

Selain daripada itu, program penurunan berat badan yang sangat ‘strict’ adalah susah untuk dikekalkan. Sebagai contohnya, jika seseorang jenis yang suka makan nasi. Apabila dia mengikuti program yang menyebabkan tidak boleh mengambil nasi langsung, mungkin dia hanya dapat bertahan untuk seketika sahaja. Apatah lagi dalam budaya Malaysia ini, bukan mudah untuk kita meninggalkan menu ‘nasi’ dalam kehidupan seharian kita.
Jadi, macam mana nak kurus cepat bukan persoalannya. Yang penting ialah macam mana kita nak turun berat badan secara sihat dan dapat mengekalkannya.

Produk Herbalife dapat menurunkan berat badan secara sihat, dan dalam masa yang sama memberikan kesihatan yang baik kepada kita. Apa yang penting ialah, sesiapa yang ingin menggunakan produk Herbalife mesti mempunyai produk yang sesuai dengan keperluan masing-masing, dan mempunyai seorang Coach untuk membantu mereka mendapat panduan menggunakan produk dengan cara yang betul. Dengan produk dan coaching yang betul, serta komitmen dan usaha bersungguh-sungguh, seseorang itu akan dapat turunkan berat dan mengekalkannya.



"kepakaran kami adalah Mencari dan membantu individu yang benar-benar SERIUS untuk turun berat badan, tambah berat badan, mahu sihat dan ubah kehidupan . menyelesaikan masalah berat badan anda sehingga 10kg dalam 30 hari secara selamat & semulajadi.Tidak perlu senaman, mudah diikuti,keberkesanan dijamin 100%!"

hubungi 012-3969017 / 017-3214917 atau 


klik :




Tips macam mana nak kurus lebih cepat

Sebagai seorang Coach Herbalife, apabila ada Coachee yang bertanyakan kepada saya ‘Macam mana nak kurus cepat dengan produk Herbalife’, saya akan memberikan beberapa tips kepada mereka. Antara tips yang paling penting ketika memulakan sesuatu program menurunkan berat badan ialah dengan membuat persediaan yang secukupnya dari segi pemikiran, tubuh badan dan tempat tinggal.

Pemikiran kita harus bersedia untuk berubah. Kita perlu kenalpasti sebab mengapa kita ingin menurunkan berat badan. Dengan mempunyai sebab yang kukuh, ini dapat memberikan motivasi yang kuat untuk kita kekal dengan aturan pemakanan sihat yang ingin kita laksanakan. Cara paling mudah ialah dengan menulis alasan kenapa kita mahu kurus, dan untuk melihatnya setiap hari. Dengan cara ini kita dapat mengingati setiap hari result yang kita inginkan, dan mengekalkan motivasi kita sendiri.

Dari segi tubuh badan kita juga, kita harus bersedia. Kita perlukan tenaga yang mencukupi walaupun sedang mengikuti program menurunkan berat badan. Dengan tenaga ini kita akan mempunyai tenaga untuk melakukan senaman ringan bagi mendapat kesan penurunan lebih efektif.

Elakkan menyimpan stok makanan kurang sihat atau ‘junk food’ di dalam rumah. Sebaik sahaja kita ambil keputusan untuk memulakan diet, seeloknya makanan tidak sihat dihapuskan dari dalam rumah dan menggantikannya dengan makanan yang lebih sihat dan berkhasiat seperti buah-buahan atau sayuran segar. Dengan ini, apabila kita terasa lapar atau ‘craving’ untuk mengunyah, kita hanya mempunyai pilihan makanan sihat sahaja di dalam rumah.

Selain itu juga, seseorang boleh mengambil shake Herbalife bila-bila masa sahaja terasa lapar.
Pilihan menu juga adalah penting. Ada orang boleh ambil menu yang sama setiap hari, tetapi ada orang cepat terasa jemu. Seeloknya buat perancangan menu untuk seminggu beserta dengan kalori makanan. Dengan ini, anda akan dapat membuat pilihan lebih bijak dan tepat dan dapat mengawal pengambilan kalori.
Kesimpulannya, ada banyak cara untuk turun berat badan. Macam mana nak kurus cepat bergantung kepada usaha dan disiplin kita dalam pemilihan dan aturan pemakanan.

Jika anda ingin mendapatkan nasihat bagi pengambilan shake Herbalife untuk menurunkan berat badan, bolehhubungi saya melalui hshorizon12@gmail.com  atau SMS ke 012-3969017 @ 017-3214917. Saya bersedia menjadi Coach Herbalife anda.







klik :