Thursday 24 October 2013

Apakah cara yang terbaik untuk menurunkan berat badan?






Soalan:

Apakah cara yang terbaik untuk menurunkan berat badan?


Jawapan:

Banyak cara untuk menurunkan berat badan. Dan semua orang MAMPU untuk menurunkan berat badan.

Dengan diet sahaja pun berat badan anda boleh turun dengan rancaknya.

Tetapi, apa yang ingin admin ketengahkan disini adalah 'FAT LOSS'.

Target kita adalah nak turunkan % lemak dalam badan disamping mengekalkan jisim otot.

Jika strategi kita ingin menurunkan %lemak, kita mungkin tidak akan alami penurunan berat badan yang ketara.

Tetapi perubahan fizikal pasti kita rasai. Contohnya bila timbang berat badan sama tapi seluar yang lama sudah muat dipakai.




Antara kelebihan untuk kita memilih 'fat loss' berbanding 'weight loss' adalah:

  • - Susuk fizikal kita lebih menarik. Tegap dan mantap. Tidak kurus kering tinggal tulang
  • - Stamina kita berada pada tahap yang baik. Berbanding kurus tapi suruh lari 2km dah semput.
  • - Fungsi neuro-otot (neuro-muscular) berada pada tahap terbaik.
  • - Melambatkan proses penuaan dan kedutan.
  • - Kekuatan dapat ditingkatkan.
  • - Dapat mencegah dari penyakit kronik. Admin telah berjumpa orang kurus tapi paras kolestrol sangat tinggi.

Bagaimana strategi untuk 'fat loss'?

Seperti biasa pelan diet dan senaman yang melibatkan kardio serta latihan bebanan perlu dilakukan.








No comments:

Post a Comment