Thursday, 24 October 2013

Gemuk boleh menyebabkan kanser?

Gemuk menyebabkan kanser?

Penelitian dari di Institute of Cancer Research, London menunjukkan perkaitan gaya hidup yang kurang aktif dan pengambilan makanan tidak sihat (fast food) menjurus kepada kegemukkan dan 35% daripada golongan tersebut mempunyai risiko yang tinggi mengidap KANSER.

Antara kanser yang mempunyai perkaitan dengan kegemukkan adalah kanser paru-paru, kulit, ginjal, prostat, ovari dan juga payudara.

Institute berkenaan juga menyatakan 'kemungkinan' pertambahan sel lemak dalam badan menjurus kepada ketidaknormalan pertumbuhan sel. Dan seterusnya menyebabkan terjadinya sel kanser.

Apabila kanser sudah berada ditahap yang teruk dimana sel berkenaan sudah merebak ke tempat lain (metastasis) maka peluang untuk hidup sangat tipis.