Kredit foto dari sugarfreedatesweets.com
'Kurma Milk Shake' Idea Sahur Sihat
Oleh:Siti Murliza, RAPI
Ramai menjadikan menu untuk sahur adalah lebihan menu ketika berbuka. Ada kalanya, kita terpaksa telan walaupun hakikatnya anda tidak berselera tetapi pasti menyesal kerana tidak bertenaga pada siangnya. Entri ini akan berkongsi rahsia minuman ringkas pemberi tenaga selama 13 jam berpuasa.
Memakan kurma bukan saja sunah mengikut Islam tetapi ia buah kering yang sangat sesuai untuk berbuka. Memandangkan ia kaya dengan glukos dan serat tambahan, ia membantu memberi tenaga tambahan dengan cepat.
Tahukah anda bahawa pengambilan minuman manis seperti minuman bergula akan diserap selama 20-30 minit kerana kandungan gula yang tinggi. Sedangkan kurma menyerap di dalam badan selama 45-60 minit dan ia berjaya membuktikan bahawa buah kurma pembekal tenaga yang berkekalan.
Anda mungkin mahu rasa kenyang dan kami sarankan anda makan kurma bersama air susu. Air susu merupakan minuman anti asid yang baik di mana ia membantu mengelak pedih ulu hati ketika bulan puasa. Jadi, kami kongsikan resipi Kurma Milk Shake yang bukan saja mudah disediakan malah menyegarkan hari anda berpuasa.
Bahan-bahan:
5 biji buah kurma
Susu kotak, susu segar atau susu tepung
Ais
Kismis *tambahan*
Cara membuat:
Biji buah kurma dibuang dan direndam ke dalam air panas untuk melembutkannya. Kemudian dikisar bersama air susu mengikut jumlah hidangan dan beberapa ketul ais. Kemudian, taburkan kismis supaya memberi rasa manis apabila mengunyah ketika minum.
Sebiji kurma mengandungi lebih kurang 30 - 60 kcal dan ia perlu diketahui oleh anda yang menitikberatkan kalori seharian.
No comments:
Post a Comment