Wednesday, 3 June 2015

6 sebab mengapa aerobik sangat efektif untuk menrunkan berat badan.

Aerobik dikatakan sangat efektif dan bermanfaat untuk menurunkan berat badan



Jom Buat Aerobik!




Senam aerobik dikatakan sangat efektif dan bermanfaat untuk menurunkan berat badan. Selain menurunkan berat badan, senam aerobik ini juga dikatakan mampu menjaga kesihatan jantung dan paru-paru. Bahkan ia juga mampu membakar 680 kalori setiap jam.



BAGUSNYA SENAM AEROBIK

1. Senaman aerobik merupakan bentuk senaman kardiovaskular yang membantu membuat jantung menjadi lebih kuat. Ketika melakukan aerobik, jantung akan memproses lebih banyak oksigen dan meningkatkan kekuatan pengepaman darah.



2. Senaman aerobik secara teratur membantu mengurangkan kolesterol dalam arteri sekaligus melancarkan perjalanan darah.



3. Senaman aerobik berguna untuk membakar lebihan lemak sehingga mengurangkan risiko pelbagai penyakit terutama yang berkaitan dengan obesiti.



4. Senaman aerobik berupaya menurunkan tekanan darah sehingga mencapai tahap normal.



5. Senaman aerobik membuatkan tubuh lebih berotot, kuat dan ramping.



6. Senaman aerobik mengurangkan kolesterol jahat dalam darah.



Terdapat pelbagai jenis senam aerobik, dan anda harus bijak memilih jenis senaman yang efektif untuk menurunkan berat badan. Berikut adalah cara memilih senam aerobik untuk menurunkan berat badan:



PILIH SENAM AEROBIK YANG SESUAI

Senaman aerobik terbaik untuk membakar lemak adalah yang melibatkan pergerakan pelbagai anggota tubuh. Contoh, senam aerobik jenis ini termasuk dalam pelbagai jenis senaman seperti bermain bola sepak, futsal atau tenis. Bahagian-bahagian tubuh akan bergerak seperti kaki, lengan, perut, leher dan lain-lain yang membuat proses pembakaran lemak berlaku dengan lebih optimum.



SESUAIKAN DENGAN TAHAP

Jika anda adalah orang yang baru mula berjinak-jinak untuk bersenam, pilih senam aerobik yang ringkas. Jika tahap kecergasan anda sudah meningkat, anda boleh memilih senaman yang lebih intensif seperti berenang atau melompat tali. Jika tahap kecergasanan anda telah mencapai puncak, anda boleh melakukan intensif tinggi seperti berlari atau bertinju.



WAKTU DAN TEMPOH

Ada kajian menyatakan bahawa senam aerobik dilakukan ketika perut kosong pada waktu pagi, setelah minum segelas atau dua gelas air akan membantu membakar lemak tubuh sebanyak 300% lebih banyak berbanding waktu lain. 

Senam aerobik untuk menurunkan berat badan perlu dilakukan paling kurang 45 minit sebanyak tiga atau empat kali dalam seminggu. Lengkapkan senaman rutin anda ini dengan diet seimbang dan hindari makan berlebihan, makanan berlemak dan berminyak serta makanan segera. Minumlah air putih secukupnya sepanjang hari di antara sesi senam aerobik untuk menjaga kesihatan tubuh.

No comments:

Post a Comment