Tuesday, 2 June 2015

5 Tabiat Makan yang membantu diet anda





















5 Tabiat Makan Yang Sihat

Diet yang berjaya juga berpunca daripada pengambilan makanan yang sihat. Nilaikan makanan yang anda ambil itu sama ada boleh membantu diet anda dan sekaligus untuk meningkatkan kesihatan anda. 
 
1. Fikir semula cara anda makan – Fikirkan panduan pemakanan sihat yang mudah dan jangan mengambil kira keenakan makanan semata-mata (mahal tetapi tidak sihat).

2. Hitung Sarapan – Ambil kira jenis sarapan yang anda sediakan itu boleh membantu membakar lemak sepanjang hari

3.Hidangan dari bahan-bahan yang segar adalah lebih berkhasiat dan rendah garam, gula serta lemak. 

4. Makan Setiap 3-4 jam – Cara ini membolehkan gula darah dan paras insulin menjadi stabil. Ia juga menghalang anda untuk makan secara berlebihan pada waktu lain.

5. Pastikan Warna Warni – Cubalah untuk menikmati buah-buahan dan sayuran baru setiap hari untuk menambahkan nutrien penting dalam badan.