Wednesday, 10 June 2015

Bakar 300 kalori dengan main Skipping selama 30 minit.

Semua orang boleh lompat tali. Hanya dengan melompat tali, seseorang boleh membakar sehingga 300 kalori dalam tempoh 30 minit melakukannya. 

Bukannya susah, dan tidak ambil masa yang lama pun. Mengapa berkira-kira untuk melakukannya? Ikuti entri ini untuk lebih info tentang lompat tali.



Bakar Kalori Dengan Melompat


Oleh:Emy Haznida, Rapi



Semua orang boleh lompat tali. Hanya dengan melompat tali, seseorang boleh membakar sehingga 300 kalori dalam tempoh 30 minit melakukannya. Bukannya susah, dan tidak ambil masa yang lama pun. Mengapa berkira-kira untuk melakukannya? Ikuti entri ini untuk lebih info tentang lompat tali.



Info:- Bagi yang baru bermula, anda dinasihatkan untuk tidak memaksa tubuh. Memadailah anda membuat 20-25 kiraan lompatan. Lakukan perlahan-lahan. Ingin dingatkan, satu set lompat tali yang sempurna adalah apabila anda berjaya membuat kiraan lompatan yang ditetapkan tanpa berhenti. Jika anda terhenti di tengah jalan, maka mulakan dengan kiraan satu semula.



Info:- Lompatan yang selamat adalah tidak melebihi 30 sentimeter daripada paras tanah atau lantai. Melompat lebih tinggi daripada itu akan memudahkan anda untuk merasa penat. Selain itu, ia juga menggalakkan kecederaan pada otot kaki anda.

Menurut Peter Schulman, MD, profesor dalam bidang kardiologi dan perubatan pulmonari, University of Connecticut Health Center di Farmington, aktiviti lompat tali juga dapat menguatkan bahagian atas dan bawah tubuh serta membakar kalori dalam tempoh masa yang singkat, mengikut kemampuan seseorang.

Selain itu, Schulman juga mengatakan lompat tali adalah aktiviti sampingan yang boleh dilakukan selain senaman lain yang lebih berat untuk kesan yang efektif. Aktiviti melompat tali memberi tekanan kepada lutut, pergelangan kaki, dan pinggul, tetapi ia merupakan aktiviti impak rendah berbanding berjoging.

Info:- Sebanyak 70-110 kalori dapat dibakar dalam satu sesi selama sepuluh minit, manakala 1000 kalori dalam tempoh satu jam. Hebatnya! Untuk mengelak rasa bosan, tukar cara lompatan anda.

*Anda boleh melompat dengan sebelah kaki, kedua-dua belah kaki, melompat cara skip, berlari-lari anak atau mengangkat lutut setiap 30 saat untuk mempelbagaikan lompatan tali. Untuk lebih seronok, iringi dengan muzik.

TURUN BERAT BADAN

Sebelum menurunkan berat badan, anda harus ada pengetahuan tentangnya. Untuk penegtahuan anda, terdapat 3500 kalori dalam berat (satu paun), untuk menurunkan satu paun seminggu, anda harus bakar 700 kalori setiap hari. Lompat tali selama 30 minit dapat membakar sehingga 300 kalori. Jadi untuk menurunkan satu paun berat badan dengan hanya membuat skiping selama 30 minit setiap hari dan potong 400 kalori daripada diet.

Formula mudah:-

30 minit lompat tali (300 kalori) + potong (400 kalori) daripada menu diet = 700 kalori dibakar setiap hari.

*Dalam seminggu, anda berjaya kurangkan satu paun!


No comments:

Post a Comment