Thursday 24 October 2013

Macam mana nak atasi KULIT GELEBER?

Macam mana nak atasi KULIT GELEBER?


Apabila kita berdiet (ambil kalori kurang dari keperluan) dan bersenam, sudah pasti akan berlaku penurunan berat badan.

Apabila penurunan berat badan terlalu drastik, akan berlaku kulit mengeleber. Maklumlah penurunan berat badan tersebut disebabkan KEHILANGAN jisim LEMAK & OTOT sekali gus.

Bagaimana untuk atasi masalah ini?

1) Kombinasikan latihan kardio serta latihan bebanan. Walaupun ia menyebabkan penurunan berat badan anda perlahan tapi percayalah proses metabolisma dan pembakaran lemak pada diri anda sangat tinggi berbanding melakukan KARDIO semata-mata.

2) Penuhi keperluan protein seharian. Kita perlukan 0.8gram hingga 1.5 gram protein per lb berat badan kita.

sebagai contoh, anda perlukan 1 gram protein per lb berat badan anda.

berat badan anda 70kg. Tukar kepada unit lb (kena darab 2.2) jadi berat badan anda dalam lb adalah 154lb. So protein yang anda perlukan dalam masa sehari adalah 154gram.

dari mana nak cari sumber protein? Daripada telur, whey, ayam, daging & ikan.

Secara umunya, sebiji telur ada 8 gram protein. whey satu sediaan 20gram protein. ayam pula untuk bahagian dada dalam 30 gram protein (bergantung pada saiz).

Kehadiran protein yang tinggi dalam badan dapat meransang sintesis sel otot. Tapi awas, sila pantau setiap kalori yang diambil.

3 ) Supplement seperti kolagen juga dapat membantu menegangkan sel kulit. Namun kajian masih dijalankan untuk menguji keberkesanannya. So jika anda ada bajet lebih, boleh amalkan kolagen. Jika tidak, memadai lakukan point 1) & 2)


Akhir sekali, jika penurunan berat badan anda terlalu pantas atau drastik ia tidak bukan sesuatu yang bagus dan sihat. Sekadar turun 1kg seminggu sudah memadai. Yang penting dalam minggu berkenaan jadual kita ada meliputi latihan kardio, latihan bebanan dan jadual diet yang sihat.








No comments:

Post a Comment