Thursday 24 October 2013

9 soalan popular yang sering ditanya tentang kuruskan badan

1. Soalan: Derma darah boleh jadi gemuk?

Jawapan: Tak. Derma darah bagus untuk meransang sistem badan kita menghasilkan lebih banyak darah. Ia tidak menambah kalori pun.




2. Soalan: Lagi banyak peluh keluar, lagi banyak kalori digunakan?

Jawapan: Tidak semestinya. Peluh keluar sebab suhu badan kita meningkat. So untuk kembalikan suhu badan ke paras normal, peluh mesti keluar. Ia sebagai sistem penyejukkan diri kita.




3. Soalan: Mandi lepas makan boleh menyebabkan kegemukkan?

Jawapan: Ajaran sesat itu. Tidak benar sama sekali.




4. Soalan: Minum air menyebabkan kegemukkan?

Jawapan: Tidak benar. Tiada kajian membuktikan minum ais atau air sejuk menyebabkan kegemukkan.





5. Soalan: Tidur lepas makan menyebabkan gemuk?
Jawapan: Tidak. Tapi tak bagus untuk sistem pencernaan.



6. Soalan: Whey protein menyebabkan lemak makin bertambah?

Jawapa: Tidak semestinya. Satu hidangan whey protein mempunyai 120kcal sahaja. Lainlah kalau mass gainer dimana satu hidangan boleh mencecah 1000kcal.




7. Soalan: Sauna dapat bakar lemak?

Jawapan: Tidak. Ia hanya dapat membakar sedikit kalori sahaja.



8. Soalan: Spray yang dapat membakar lemak itu berkesan ke?
Jawapan: Tidak sama sekali. Penjual hanya mahu ambil kesempatan keatas diri anda sahaja. Penjual itu tahu orang kita ini jenis suka mencuba perkara yang pelik2.



9. Soalan: Boleh ke membuang lemak pada kawasan tertentu seperti bawah lengan dan perut?

Jawapan: Tidak boleh. Anda perlu buang lemak secara keseluruhan dengan menghasilkan defisit kalori terhadap keperluan kalori seharian anda.












No comments:

Post a Comment