Masalah Kurus? 4 Langkah Untuk Tambah Berat Badan
Saya sering menulis tentang tip-tip kurangkan berat badan tetapi sesetengah orang mengalami masalah kurus. Tidak dinafikan bagi mereka, sememangnya ia masalah yang memberi kesan negatif terhadap keyakinan dan lain-lain. Dulu pelakon Taylor Lautner pun mengalami masalah yang sama.
Apa susah, makanlah lebih!
Dalam seminar-seminar saya, itulah jawapan yang sering dilaungkan. Tapi kalau tanya si kurus, memang makan apa pun tak boleh. Penambahan berat badan perlukan pendekatan dan pemahaman yang teliti. ikut dan fahamilah langkah-langkah berikut:
- Kira keperluan kalori seharian anda atau DCR. DCR anda bergantung kepada umur, jantina, berat, tinggi dan kadar aktiviti seharian. Katakanlah ia 1,800kcal sehari. Kita guna angka teresebut untuk langkah seterusnya.
- Catat pelan pemakanan am anda. Senaraikan makanan dan minuman yang anda biasa makan dalam sehari dan cuba catatkan kalori untuk setiap perkara. Pastikan jumlah kalori seharian anda TIDAK kurang daripada DCR anda atau untuk contoh di sini, 1,800kcal. Ini dinamakan kalori surplus.
- Gunakan suplemen penambah berat (weight gainer) untuk menambah jumlah pengambilan kalori anda setiap hari. Ini tidak wajib tapi kalau anda malas atau sukar untuk sediakan makanan, suplemen weight gainer ini dapat membantu.Ingat: suplement weight gain itu cumalah makanan. Ia tidak mengandungi apa2 ramuan ajaib untuk menambah berat badan begitu sahaja.
- Angkat berat atau weight training. Tak kira lelaki mahupun perempuan, anda wajib melakukan senaman rintangan, beban atau weight training untuk menggalakkan tumbesaran otot. Inilah dimana ramai yang ingin tambah berat badan gagal. Untuk panduan senaman angkat berat, bolehlah rujuk kepada ribuan video di YouTube atau kalau anda mampu, cuba dapatkan panduan 1-2 sessi daripada jurulatih peribadi. Yang penting anda tahu cara yang betul, kalau tidak memang masa yang anda luangkan di gym memang sia-sia.
klik :
No comments:
Post a Comment