Tips untuk tingkatkan metabolisme badan
Pernah tak tengok kawan kita melantak banyak-banyak tapi badan sentiasa maintain, sedangkan kita bersungguh-sungguh jaga pengambilan kalori dan sebagainya, tapi susah sangat nak turun, bahkan makin naik pulak. Semuanya disebabkan oleh metabolisme badan yang berbeza.
Apa tu metabolisme? Secara mudahnya metabolisme ialah proses pembakaran apa yang kita makan ( karbohidrat, lemak & protein ) untuk menjadi tenaga yang akan kita gunakan untuk aktiviti seharian. Ianya dipengaruhi oleh berapa banyak kalorie yang kita ambil, aktiviti seharian kita dan juga genetik. Jadi metabolisme badan yang tinggi amat membantu untuk proses penurunan berat badan. Bagaimana nak tingkatkan metabolisme badan? Ini beberapa tips:
- Bina otot – keperluan tenaga oleh badan yang lebih berotot adalah lebih tinggi, jadi badan akan membakar lebih kalorie secara automatik
- Tidur yang cukup
- Kerap makan tetapi makanan yang sihat dan dalam kuantiti yang sedikit – makanan adalah ibarat minyak kepada proses metabolisme, jika tiada apa untuk dibakar maka metabolisme badan akan menurun
- Ambil minyak ikan omega 3 – kajian menunjukkan pengambilan minyak ikan ini boleh meningkatkan pembakaran kalorie sehingga 400 kalorie sehari
- Tentulah bersenam kan, aktiviti kardio seperti jogging, berjalan dan sebagainya sememangnya aktiviti yang sangat efektif untuk meningkatkan metabolisme badan
No comments:
Post a Comment