Wednesday, 10 June 2015

6 sebab senaman di gim boleh GAGAL.


Kononnya mahukan senaman yang lebih berdisiplin dan teratur, jadi daftarlah di gimnasium. Berapa hari sangatlah yang anda boleh betul-betul fokus di gimnasium sebelum rutin senaman itu terganggu? Entri ini membongkar 6 sebab senaman di gim boleh GAGAL.




6 Punca Latihan Di Gim Terganggu



1. Pemanasan Terlalu Lama
• Sesi pemanasan perlu dilakukan sebelum senaman dan ia tidak perlu terlalu lama. Tetapi, kebanyakan daripada kita melakukan pemanasan lebih daripada 20 minit. Ini sahaja sudah memakan masa dan mungkin juga anda akan kehabisan tenaga untuk latihan utama.
• Sebaiknya, lakukan pemanasan sekurang-kurangnya 10 minit agar waktu anda lebih dapat dikawal dan tenaga anda juga masih tersimpan untuk latihan seterusnya. 


2. Banyak Berbual
• Untuk rasa lebih bersemangat, anda mengajak kawan-kawan. Sekurang-kurangnya, suasana lebih meriah dan teknik latihan yang kurang mahir dapat diatasi dengan bantuan kawan-kawan.
• Namun, biasanya semakin ramai kawan yang datang ke gimnasium, semakin banyak peluang untuk anda tidak bersenam. Keinginan untuk berbual di sudut-sudut tertentu dan mengambil gambar ‘selfie’ lebih banyak daripada melakukan senaman. 


3. Berehat Terlalu Lama
• Amat penting untuk anda berehat seketika untuk beralih kepada alat senaman yang lain. Tetapi, janganlah terlalu lama. Anda harus motivasi diri untuk sentiasa konsisten melakukan latihan untuk mencapai hasil yang maksimum. 


4. Latihan Tanpa Dirancang
• Kebanyakan yang datang ke gimnasium tidak memikirkan susunan program latihan yang sesuai untuk mencapai matlamatnya. Akibatnya, anda tidak fokus dalam menjalankan latihan. Ada juga yang merasakan telah mencapai target sehingga melakukan apa sahaja latihan yang diingininya. 


5. Satu Alat Senaman Sahaja
• Ada masanya, orang terlalu ramai di gimnasium dan hampir semua menggunakan peralatan sehinggakan anda terpaksa menunggu. Untuk tidak membuang masa anda menunggu giliran, adalah baik anda perhatikan sekeliling, jenis latihan yang boleh anda lakukan sebagai ganti.
• Anda juga boleh melakukan bodyweight training sambil menunggu yang lain selesai menggunakan peralatan yang anda mahukan. 



6. Sibuk ‘SMS’ & Telefon
• Sebelum sempat anda selesaikan satu set latihan, telefon bimbit anda berbunyi. Jika tidak memberi respon, muziknya berkumandang satu gimnasium. Asyik melayan chatting, senyum sendirian dan jari-jari bermain di atas papan kekunci.
• Jika hal ini tidak begitu penting untuk anda, matikan telefon bimbit anda untuk sementara waktu agar ia tidak mengganggu anda dan pengunjung gimnasium yang lain. 


No comments:

Post a Comment