Wednesday, 10 June 2015

5 info menarik tentang senaman larian.



Ayuh, kita berlari! Memandangkan anda tidak suka bersenam di gimnasium dan tiada masa untuk beri komitmen ke kelas aerobik, apa kata berlari sahaja? Tidak perlu keluar modal dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Pada awalnya mungkin anda akan letih, tetapi lama-kelamaan apabila sudah biasa, ‘kacang’ saja setakat nak berlari satu pusingan di taman. Entri kali ini adalah berkaitan info larian. Moga-moga anda akan tertarik untuk mencuba aktiviti ini nanti.



Info 1

Para pengkaji kesihatan di Denmark menemui bukti bahawa aktiviti larian selama dua jam setiap hari dapat memanjangkan usia seseorang sehingga enam tahun lamanya. Bukankah hebat?



Info 2

Mengalami kesukaran untuk fokus terhadap sesuatu? Menurut kajian melalui Women’s National runner Survey mendapati 66 peratus wanita yang berlari mengakui mereka lebih fokus, tidak stres, dan lebih bertenaga daripada sebelum mereka melakukan aktiviti ini.



Info 3

Kata Jeff Brown, Psy.D., dari Harvard Medical Centre Amerika Syarikat, bagi memantapkan mutu larian anda, sediakan satu mantera khas untuk membantu anda melaluinya. Tahukah anda, kata-kata semangat seperti “I can do it” atau “Kalau nak sihat, aku kena berlari” dapat membantu seseorang untuk kekal positif sepanjang lariannya.



Info 4

Penolong Pengarah di UCLA Center fo Human Nutrition, Susan Bowerman mengatakan empat jam sebelum berlari, minumlah 350ml air kosong. Dua jam kemudian, jika air kencing anda berwarna seperti jus epal atau lebih gelap, minumlah 350ml air kosong lagi. Berlari melebihi satu jam, memerlukan anda menggantikan cecair yang keluar daripada tubuh dengan meminum 480ml air isotonik.



Info 5

Seandainya anda masih tidak biasa untuk berlari, mulakan dengan latihan berjalan kaki. Panduannya mudah, buat tiga kali latihan berlari/berjalan selama 20 minit setiap minggu. Sesudah anda mendapat momentumnya, barulah tingkatkan intensiti larian.

No comments:

Post a Comment