Tuesday, 16 June 2015

Metabolisme dan masalah berat badan






















Ada org tetap kekal kurus walaupun makan banyak ,sebalikya ramai mengalami masaalah pertambahan berat badan meskipun hanya makan sekali sehari .org yang kekal kurus dikatakan mempunyai kadar metabolisme tinggi dan proces pencernaan bagi mendapatkan tenaga berlaku dengan cepat ,manakala individu gemuk sebaliknya ,


Metabolisme adalah proces badan menukarkan kelori daripada makanan kepada tenaga .keperluan kalori badan atau tenaga setiap org berbeza2 mengikut gaya hidup masing2.contohnya lelaki dewasa yg aktif yg berusia antara 20-39 thn dgn berat 55 kg memerlukan 2,530 kalori sehari .jika anda tidak aktif keperluan tenaga harian adalah jauh lebih rendah .




METABOLISME MEMBABITKAN 3 PEKARA ASAS


1- Kadar metabolik asa yg merangkumi keperluan untuk membolehkan badan berfungsi dgn baik .biasanaya setiap org mengunakan sehingga 75% drp tenaga harian utk tugas ini .


2- Pencernaan dan penyerapan makanan .kira2 10% drp kalori harian digunakan utk tugas ini .


3- Aktiviti fizikal harian seperti bersenam pula akan membakar tenaga yg ada .berapa banyak tenaga dibakar bergantung kpd
tahap aktiviti yg dilakukan .



FAKTOR-FAKTOR  YANG AKAN MEMPERLAHANKAN METABOLISME



UMUR
Metabolisme akan menjadi perlahan dgb peningkatan umur pada kadar 5% slps 40 thn .apabila usia meningkat ,keanjalan otot juga merosot dan paras lemak badan meningkat .otot lebih aktif berbanding tisu lemak dan ini sebabnya apabila otot berkurang ,kadar metabolisme juga menurun.



JANTINA : Secara umumnya ,metabolisme lelaki lebih cepat berbanding wanita krna saiz bdn mereka lebih besar dan mempunyai kurang lemak



MASALAH HIPOTIROIDISME : Kelenjar tirod yg kurang aktif akan memperlahankan metabolisme dan masaalah ini boleh menyumbang kpd pertambahan berat badan .



GENETIK
: Sesetengan org memang beruntung dilahirkan dgn kadar metabolisme cepat





CARA MENINGKATKAN METABOLISME BADAN



1. MEMBINA OTOT - Badan kita sebenarnya berterusan membakar kelori semasa kita berehat.kadar metabolisme pada waktu berehat adalah lebih tinggi pd mereka yg lebih berotot.



2. BERSENAM - Bersenam tidak membina otot namum ia mampu meningikan kadar metabolisme selepas kita melakukanya



3. MINUM BANYAK AIR-Meminum banyak air dan memakan buah2an meningkatkan metabolisme badan ,badan kita memerlukan air untuk memproces kalori .



4. PEDASKAN MAKANAN .Makanan yg pedas mengandungi bahan kimia yg boleh meningkatkan kadar metabolisme



5. MAKAN LEBIH PROTIEN -Badan membakar kalori 2 kali ganda bagi menghadamkan protien berbanding lemak atau karbohidrat.



6. MINUM KOPI -tapi pastikan kopi yg tidak dicampur cream dan gula .

Kebaikan Tidur Yang Cukup











Tidur yang cukup amat penting kerana ia menenangkan fikiran ,merehatkan tubuh, mengembalikan ,semula tenaga serta semangat baru ,mengurangkan stres dan mengelakan sakit kepala.Lebih 30 juta individu diseluruh dunia mengalami masalah berkaitan tidur kesan kehidupan moden .  
 
Menurut Pengarah Sleep Disorder Centre St Boniface Hospital ,Reasearch Centre Univesity Of Manitoba Dr Meir Kryger ,gaya hidup mempengaruhi masa dan kualiti tidur seseorang .Tinjauan National Sleep Foundition Amerika Syarikat membuktikan kekurangan tidur dikalangan individu boleh membawa kepada kesan :- 

1. Penurunan pekerjaan 
2. Kemalangan 
3. Masalah emosi 
4. Stres 
5. Kemarahan melampau 
6. Masalah penyakit jantung ,Diabetes dan Obesiti 
7. Sel-sel otak mati 
8. Mengangu metabolisme dan hormon badan. 

Kaitan diantara Masalah Tidur, Hormon dan Kecantikan

Ketika tidur tubuh akan memusatkan sebahagian besar tenaga untuk proces penyerapan dan asimilasi zat makanan ,pembaharuan sel serta detoksifikasi .kekurangan masa tidur mengangu semua proces diatas dan metabolisme tubuh 
Sewaktu tidur berlangsung, aktivity hormon yang membolehkan sistem tubuh berkerja secara sinergi sehinga membuatkan tidur sangat bermanafat bagi penyembuhan dan keremajaan diri . 
Hormon melatonin yang dikenali sebagai hormon tidur menghantar manusia ke fasa tenang ,manakala hormon serotonin yang menyebabkan kemengantukan befungsi untuk melindungi sel-sel agar tidak dipengaruhi hormon kortisol yang menyebabkan stres 
.
Serotonin juga mampu meningkatkan sentiviti hormon insulin yang bertangungjawab mengawal gula dalam darah sekali gus mengawal diabetis ,obesiti ,ganguan ginjal dan jantung .

 Human Growth Hormone yang lazimnya akan dikeluarkan sekitar jam dua hingga empat pagi memberikan sfek positif kepada individu berusia .kehadiran hormon ini berupaya mengantikan sel-sel kulit yang menua dan mengembalikan keremajaan kulit seterusnya menjadikan individu yang memiliki tidur berkualiti menjadi awet muda .   
Kualiti tidur juga memberi kesan kepada keadan mental dan psikologi kita .Dr Sean Drummond dari Univestity Of California menjelaskan tidur yang membantu daya pemikiran yang lebih baik ,daya kemampuan kognitif ditingkatkan ,menyembuhkan serta mempertahankan kesihatan dan mengekalkan awet muda . 

Masalah jerawat berpunca daripada hormon?


















Punca masalah jerawat

Punca masalah jerawat memang sentiasa dikaitkan dengan pelbagai elemen dan salah satu daripadanya ialah hormon yang dihasilkan oleh tubuh penghidap masalah jerawat itu sendiri. Walaupun jerawat bukanlah sejenis penyakit yang boleh membahayakan nyawa, tetapi untuk perkongsian kali ini, saya akan menerangkan kepada anda bagaimana hormon boleh menyebabkan berlakunya masalah jerawat ke atas anda. 


Pertumbuhan jerawat pada kulit terutamanya di muka boleh menyebabkan penghidap menjadi kurang berkeyakinan dengan penampilan dirinya sendiri. Namun salah satu punca penyebab jerawat datangnya dari tubuh penghidap itu sendiri. Dan untuk pengetahuan anda, walaupun remaja yang selalu mengalami masalah hormon tidak stabil disebabkan proses tumbesaran, ketidakseimbangan hormon juga berlaku kepada orang dewasa. 


Secara umumnya, pertumbuhan jerawat berpunca daripada pengeluaran hormon androgen yang menstimulasikan kelenjar Sebaceous dan menyebabkan kelenjar tersebut membesar atau mengembang. Penghasilan hormon androgen menghasilkan sebum yang menjadikan kulit kita lembut dan kalis air. 


Dan menurut artikel-artikel lepas, sebum yang terkumpul dan tersumbat di dalam liang roma kulit akan dijangkiti bakteria dan sel kulit mati. Maksudnya, lebih banyak sebum yang dihasilkan oleh hormon androgen, lebih tinggi potensi untuk kulit seseorang itu ditumbuhi jerawat. 



Apabila peningkatan pengeluaran hormon androgen berlaku, kelenjar Sebaceous dan lapisan kulit di dalam liang roma turut berubah. Remaja lelaki dan perempuan yang mengalami perubahan hormon juga akan berganti kulit dengan kerap sewaktu akil baligh. 

Dalam tempoh inilah kita kerap jumpa remaja yang mengalami masalah jerawat sama ada serius atau tidak.


Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, bukan remaja sahaja yang mengalami masalah jerawat, orang dewasa juga mempunyai peluang untuk menghidap penyakit kulit berjerawat ini. 


Namun, bagi orang dewasa, masalah ketidakseimbangan hormon ini berlaku secara sementara dan tidak berlarutan dalam jangka masa yang lama tetapi masih berpotensi untuk terpaksa mendapatkan rawatan ke atas masalah jerawat tersebut.




Antara masalah lain yang turut menyebabkan ketidakseimbangan hormon kepada orang dewasa ialah: 


1. Pertumbuhan semula jerawat buat pertama kali setelah sekian lama kulit tidak berjerawat boleh disebabkan oleh PMS, Peri Menopause dan juga Menopause. 


2. Kelainan pengeluaran hormon dalam tempoh kehamilan atau sewaktu kitaran menstrual.

3. PCOS ( Polycyctic Ovarian Syndrome ) dimana pesakit mengalami masalah petumbuhan atau keguguran rambut, kulit di sekeliling ketiak atau lipatan-lipatan kulit pada tubuh menjadi lebih gelap, dan kegemukan pada kawasan perut Selain itu, ketidakseimbangan hormon juga dikaitkan dengan keadaan tekanan emosi dan psikologi yang kronik yang boleh dirawat dengan beberapa kaedah.

WANITA DAN MASALAH TIROID




TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan.

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.


Kelenjar tiroid

Secara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3).

Hormon-hormon ini mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsi-fungsi badan yang dipanggil metabolisma.


Meningkatnya hormon-hormon ini bermakna metabolisma badan meningkat dan begitulah sebaliknya akan berlaku jika hormon terbabit dikurangkan.

Dengan metabolisma yang tinggi, anda mungkin berasa panas dan begitulah sebaliknya. Jadi kelenjar tiroid membantu fungsi badan anda berjalan pada kadar yang selamat dan berkesan.

Kawalan kelenjar ini dilakukan oleh kelenjar pituitari pada otak, melalui hormon perangsang tiroid.

Apabila hormon tiroid banyak, penyakit hipertiroidisma berlaku dan sekiranya hormonnya sedikit, penyakit hipotiroidisma pula berlaku.



Diagnosis penyakit tiroid

Terdapat ujian, pemeriksaan dan juga rungutan tertentu yang boleh digunakan untuk diagnosis penyakit tiroid.

Anda juga mungkin akan menghidap penyakit-penyakit lain susulan daripada perjalanan fungsi kelenjar tiroid yang tidak teratur.

Leher perlu diperhatikan kerana kelenjar tiroid akan bergerak dengan tindakan menelan. Jika dipegang, boleh dirasai bentuk kelenjar dan juga pergerakannya dengan menelan.

Kulit dan mata juga boleh diperiksa di samping suhu badan serta berat badan boleh diamati untuk memastikan masalah kelenjar tiroid.




Penyakit hipotiroidisma

Penyakit ini berlaku apabila kelenjar tiroid anda tidak berfungsi secara optimum sehinggakan hormon-hormon tidak dikeluarkan secukupnya.

Ubat yang dimakan untuk merawat fungsi tiroid yang berlebihan juga boleh menyebabkan penyakit hipotiroidisma.

Lazimnya, penyakit hipotiroidisma ini disebabkan oleh keradangan pada kelenjar tersebut, dipanggil tiroiditis.

Penyakit ini juga dikenali sebagai penyakit Hashimoto. Penyakit autoimun ini merangsang pertahanan badan supaya mengeluarkan antibodi terhadap kelenjar tiroid.

Akibatnya, otak mengeluarkan isyarat melalui hormon perangsang tiroid supaya kelenjar tiroid berkerja dengan lebih kuat.

Akibatnya, kelenjar tersebut membesar dan dipanggil sebagai goiter. Lama kelamaan, kelenjar tiroid tidak lagi dapat mengeluarkan hormon yang diperlukan oleh badan.

Cara pemakanan yang tidak betul juga boleh menyebabkan hipotiroidisma (rujuk pada intisari makanan yang mempunyai kandungan iodin).

Simptom hipotiroid dengan perlahan-lahan akan dirungutkan dan sebab itu juga anda mungkin tidak mempunyai rungutan berbulan-bulan dan juga mungkin bertahun-tahun lamanya walaupun menghidap penyakit hipotiroidisma.

Ujian paras darah hormon tiroid akan dilakukan untuk mengesahkan yang anda sememangnya menghidapi hipotiroidisma. Sekiranya paras hormon adalah normal, mungkin anda mempunyai penyakit-penyakit lain dan ujian lanjutan mungkin diperlukan.

Hormon tiroid akan diberikan kepada anda supaya paras hormon tiroid badan kembali normal dan terdapat kemungkinan anda terpaksa mengambil hormon ini selama-lamanya.

Hypothyroidism dan Hipertiroidisime adalah dua keadan utama yang mempengaruhi kelenjar tiroid dan adalah ganguan mana kelenjar tiroid tidak dapat menghasilkan jumlah hormon tiroid yang mencukupi.apabila kelenjar tiroid tidak aktif menyebabkan kadar metabolisme juga menurun , ini menyebabkan tenaga menurun ,peningkatan berat badan, obesity ,osteoporosis dan penyakit jantung

Wednesday, 10 June 2015

5 khasiat teh hijau untuk cantik




Teh Hijau Untuk Cantik Sihat



Ramai yang pernah dengar mengenai teh hijau, namun tidak suka rasanya atau mungkin kurang pendedahan dengan khasiatnya. Jika anda ingin tahu, teh hijau mengandungi banyak khasiat yang sesetengahnya membantu dalam merawat penyakit.



1.Mencegah Alzheimer, AOS dan Parkinson

Teh hijau mengandungi antioksidan yang dapat mencegah kerosakkan pada sel otak yang dapat menyebabkan Alzheimer, AOS dan Parkinson. Apa yang menarik, ia bukan sahaja mencegah sel otak daripada rosak, malah ia mampu memulihkan semula sel yang rosak tersebut.



2. Minuman Penyerap Gula
Selain boleh menurunkan lemak, teh hijau juga mampu menurunkan kadar gula dalam badan dan jika seseorang itu mengamalkannya secara berterusan. Minuman ini ternyata sesuai bagi mereka yang menghidap penyakit diabetes.



3. Menghilangkan Stres

Stress atau tekanan merupakan masalah yang sangat bahaya. Bermula dengan stress kita berupaya mendapat penyakit lain yang tidak disangka. Oleh itu, rajin-rajinlah untuk minum teh hijau ini kerana ia juga dipercayai mampu menghilangkan stress dan penat. Secawan teh hijau yang panas pastinya akan membuatkan anda kembali tenang dan lebih rileks.



4. Mengawal Tekanan Darah serta Kolestrol

Jutaan orang di seluruh dunia menderita masalah kandungan kolestrol tinggi dan masalah tekanan darah dalam badan. Dan menariknya, teh hijau ini juga dapat membantu mengawal tekanan darah juga menurunkan kadar kolestrol.



5. Mengurangkan Risiko Terkena Kanser
Mendengar penyakit kanser sahaja sudah menggerunkan kita. Apatah lagi dengan cara hidup pemakanan sekarang yang mampu mendorong dengan lebih mudah kepada penyakit itu. Dengan mengamalkan minuman teh hijau ini setiap hari, anda mampu meminimumkan risiko terkena kaser kerana kandungan antioksidan yang tinggi terdapat padanya.



Sebenarnya banyak lagi khasiat teh hijau ini dan diharap mampu membuka fikiran anda tentang kelebihan alam yang boleh kita amalkan untuk kekal cantik dan sihat.


Apakah waktu yang sesuai untuk bersenam. pagi atau petang?




Waktu bersenam yang ideal


Seperti mana waktu tidur, dan waktu makan kita, bersenam juga ada waktu yang sesuai untuk kita lakukan. Waktu pagi, petang atau malam? Yang sebenarnya anda bebas bersenam pada waktu yang anda rasakan sesuai bergantung kepada gaya hidup masing-masing.



Awal mentari pagi

Ramai menyokong bahawa senaman pada waktu pagi adalah waktu terbaik untuk dilakukan. Waktu ini jugalah antara waktu paling liat untuk anda lakukan senaman. Tapi jangan risau, bonus buat anda yang mampu lakukannya! Ini kerana senaman pagi mampu :



  • · Mencerdaskan minda dan tenaga untuk melakukan kerja-kerja seharian

  • · Meningkatkan metabolisma badan serta membakar kalori pada awal pagi

  • · Membantu otot bergerak lebih baik kerana regangan telah dilakukan sejak awal pagi



· Bagi sesiapa yang sudah terbiasa melakukan senaman pada awal pagi, jadual senaman mereka akan menjadi lebih konsisten kerana kurangnya gangguan pada waktu pagi.



Untuk tidak memberi kejutan terlampau kepada tubuh badan untuk bersenam pada awal pagi, lakukan senaman pemanas badan terlebih dahulu sebelum memulakan senaman berat yang lain.





Petang, malam

Realitinya tidak semua mampu untuk bangun seawal pagi dan bersenam. Jangan risau, ada lagi waktu lain yang juga sesuai untuk anda praktikkan untuk senaman sehari-harian. Petang atau malam merupakan antara waktu ideal selain pagi. Senaman pada waktu petang atau malam dapat membantu:



· Mengurangkan tekanan yang dihadapai seharian kerana otak pada ketika ini akan bertindak lebih aktif dan memfokuskan kepada pergerakkan badan yang dilakukan. Sekaligus akan membuatkan tubuh lebih cergas dan mengalirkan cas-cas positif dalam badan.



  • · Seeloknya bersenamlah sebelum waktu makan kerana ia dapat mengawal kadar makanan yang diambil pada waktu malam.

  • · Lebih manfaat buat anda yang bersenam pada waktu petang kerana anda boleh melakukan senaman yang lebih berat berbanding waktu pagi kerana anda mempunyai waktu yang cukup untuk berehat sepanjang malam.



Lakukan senaman anda mengikut waktu yang dirasakan sesuai. Jangan pula memilih waktu yang tidak sesuai akhirnya senaman yang dilakukan tidak mampu diteruskan dek kerana tiada masa. Semuanya terpulang kepada anda untuk bertindak! Ingatlah, kesihatan tubuh badan penting untuk kualiti hidup yang lebih baik.


sumber asal

4 tip mudah mengelakkan daripada serangan senggugut




Elak Serangan ‘Dysmenorrhea’ Ketika Haid!



Serangan dysmenorrhea ataupun senggugut boleh dikatakan normal bagi kaum wanita setiap kali datangnya haid. Ramai mengeluh apabila penyakit ini datang menyerang. Kesakitan yang dialami kadang kala agak serius seperti kekejangan di bahagian otot perut sehingga anda hanya mampu terbaring sahaja di katil. Hal ini antaranya adalah kerana kuncupan rahim yang kuat berlaku bagi sesetengah wanita yang belum berkahwin. Untuk itu, sedikit tip mudah mengelakkan daripada serangan senggugut ini, pasti berguna untuk anda!



1.Senaman ringan

Beberapa jenis senaman ringan seperti lompat bintang, hula-hoop atau juga berjoging mampu melegakan kesakitan senggugut. Ini kerana ia dapat meregangkan sel-sel serta otot badan agar tidak berada dalam keadaan tertekan.



2. Air

Air amat penting dalam kehidupan seharian. Pastikan anda minum air yang mencukupi sekurang-kurangnya dua liter sehari agar dapat membantu proses penghadaman. Ini sekaligus mencegah penyimpanan air berlebihan dalam badan yang juga disebabkan perubahan hormon pada setiap bulan.



3. Kalsium yang cukup
Ambil makanan yang kaya dengan kalsium seperti susu, kobis, brokoli, dan yogourt kerana ia mampu mengelakkan kekejangan otot yang kerap melanda wanita ketika awal kedatangan haid. Wanita memerlukan sekurang-kurangnya 1,200 mg kalsium setiap hari bagi tujuan dos vitamin tambahan secara semulajadi yang dapat membantu melancarkan aliran darah kotor tersebut.



4.‘Say No To Salt & Caffein!’

Awas jika anda penggemar makanan segera atau peminat setia minuman berkafien! Normalnya wanita akan mengalami sedikit penambahan berat badan yang sekaligus menyebabkan simptom retensi atau pengumpulan air dalam badan setiap kali waktu kedatangan haid. Bayangkan dengan pengambilan makanan segera yang tinggi kandungan garam, ia pasti akan menyebabkan pengumpulan air yang banyak dan keadaan ini pasti mengundang ketidakselesaan pada perut anda!



Begitu juga dengan kandungan kafien yang terkandung di dalam minuman seperti kopi. Ia dikatakan mampu menyebabkan saluran darah mengecut dan anda akan mengalami kesakitan pada bahagian abdomen juga boleh menyebabkan kekejangan otot. Bagaimanapun, jika anda seorang penggemar tegar minuman berkafien, untuk terus berhenti adalah agak sukar, jadi cukuplah jika anda mengambil inisiatif untuk mengurangkan pengambilan kafien dalam kehidupan seharian anda. 

Buang toksin dengan asparagus




Asparagus


Buang toksin dengan asparagus




Asparagus pasti sahaja tidak asing bagi ‘vegetarian’ atau peminat setia sayur-sayuran. Ada yang mengenalnya sebagai tanaman herba yang memliki ketinggian 100-150 cm juga tidak mengeluarkan bunga. Banyak manfaat yang ada pada tumbuhan ini…jom baca untuk kenal asparagus!



Asparagus atau dikenali sebagai ‘asparagus officinalis’ dan berasal daripada keluarga ‘liliaceae’, kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, vitamin A dan C dan niasin. Ia juga mengandungi elemen-elemen yang baik untuk kelenjar tiriod, pineal, dan adrenal, jantung, hati, paru-paru, limpa, pankreas dan kulit.



Maurice Messegue, seorang pengamal ubat-ubatan herba yang terkenal di Perancis menggunakan jus asparagus sebagai rawatan yang berkesan untuk merawat gangguan renal. Asparagus mengandungi sejenis bahan disebut ‘asparajin’ yang membolehkan sistem badan membuang sisa-sisa toksik.



Ha, kalau anda nak tahu, jus asparagus yang mengandungi garam galian yang tinggi juga merupakan penawar paling mujarab untuk mengatasi penyakit kulit seperti ‘eczema’ dan ruam, menjadikan darah lebih bersifat beralkali.



Lepas ni, jom cari asparagus dan buang toksin dalam badan


Resepi kurma milk shake untuk bersahur




Kredit foto dari sugarfreedatesweets.com


'Kurma Milk Shake' Idea Sahur Sihat

Oleh:Siti Murliza, RAPI



Ramai menjadikan menu untuk sahur adalah lebihan menu ketika berbuka. Ada kalanya, kita terpaksa telan walaupun hakikatnya anda tidak berselera tetapi pasti menyesal kerana tidak bertenaga pada siangnya. Entri ini akan berkongsi rahsia minuman ringkas pemberi tenaga selama 13 jam berpuasa.



Memakan kurma bukan saja sunah mengikut Islam tetapi ia buah kering yang sangat sesuai untuk berbuka. Memandangkan ia kaya dengan glukos dan serat tambahan, ia membantu memberi tenaga tambahan dengan cepat.



Tahukah anda bahawa pengambilan minuman manis seperti minuman bergula akan diserap selama 20-30 minit kerana kandungan gula yang tinggi. Sedangkan kurma menyerap di dalam badan selama 45-60 minit dan ia berjaya membuktikan bahawa buah kurma pembekal tenaga yang berkekalan.



Anda mungkin mahu rasa kenyang dan kami sarankan anda makan kurma bersama air susu. Air susu merupakan minuman anti asid yang baik di mana ia membantu mengelak pedih ulu hati ketika bulan puasa. Jadi, kami kongsikan resipi Kurma Milk Shake yang bukan saja mudah disediakan malah menyegarkan hari anda berpuasa.



Bahan-bahan:

5 biji buah kurma

Susu kotak, susu segar atau susu tepung

Ais

Kismis *tambahan*



Cara membuat:

Biji buah kurma dibuang dan direndam ke dalam air panas untuk melembutkannya. Kemudian dikisar bersama air susu mengikut jumlah hidangan dan beberapa ketul ais. Kemudian, taburkan kismis supaya memberi rasa manis apabila mengunyah ketika minum.



Sebiji kurma mengandungi lebih kurang 30 - 60 kcal dan ia perlu diketahui oleh anda yang menitikberatkan kalori seharian.


8 jenis makanan yang menghilangkan stress




Ubati Stres Dengan 8 Jenis Makanan

Oleh:Emy Haznida, Rapi



Sesetengah orang suka makan bila dilanda masalah atau tertekan dengan apa-apa situasi yang mendesak. Perkara ini bukan khayalan, ia memang terjadi. Sebab itulah, ada yang naik berat badan ketika melalui detik-detik sukar. Tidak salah nak makan, tapi pilihlah makanan yang menenangkan seperti berikut:-



*1.Oatmil bersama serbuk kayu manis dan madu
Semangkuk oat dapat meningkatkan hormon serotonin yang menggalakkan rasa selesa kerana kandungan serat di dalamnya. Oleh itu, pengambilan oat tidak akan menyebabkan paras gula dalam darah naik mendadak. Tambahkan serbuk kayu manis untuk menghilangkan stres dan madu untuk menguatkan sistem imunisasi badan.



*2. Coklat gelap bersama kacang badam

Makan coklat gelap dapat mengurangkan hormon stres. Kacang badam pula kaya dengan sumber protein. Gabungan kedua-dua makanan ini dapat membantu anda kekal tenang tanpa menggemukkan. ‘Best’ tu!



* 3. Smoothies

Kisar apa saja bersama susu (sama ada susu skim, susu segar, susu soya, dan sebagainya) dengan buah-buahan kegemaran anda. Anda juga boleh mencampurkan serbuk coklat atau vanila ke dalam smoothies anda. Cubalah!



*4. Kekacang dan biji-bijian

Haaa... Makanlah kacang pistacio, gajus, walnut, badam, dan kuaci sekali gus! Ia umpama kombo ketenangan. Kandungan omega-3 yang terdapat dalam kacang walnut dan kuaci dapat menurunkan paras stres dan menggalakkan hormon-hormon sihat.



*5. Keledek

Sudahlah manis, sedap, dan kaya nutrien! Kalau mahukan manisan tanpa gula, keledek adalah makanan terbaik. Ia mengenyangkan dan ‘syok’!



*6.Yogurt dengan buah beri

Campurkan yogurt dengan apa saja jenis buah beri. Ia sumber protein yang memberi tenaga dan mewujudkan hormon anti stres. Tambahkan buah untuk rasa manis dan mencetus sistem imuniti tubuh.



*7.Kari sayur-sayuran

Tahukah anda, saat anda makan cili, ia dapat merembeskan hormon endorfin yang dapat menggalakkan rasa tenang? Kari sayur sememangnya bagus kerana ia menyumbang sumber protein dan tenaga, dan semua ini boleh didapati hanya dari sebuah mangkuk!



*8.Teh hijau

Asid amino dalam teh hijau sesuai diambil ketika anda berada dalam keadaan tegang. Pengambilan kafein yang terkawal membantu anda kekal fokus untuk bertenang.


4 tip untuk membuang bulu kaki




Oh, Pergilah Wahai Bulu Kaki!




Membunag bulu kaki mungkin kedengaran mudah. Ya, ambil sajalah shaver dan buangkan semua bulu-bulu yang tidak diingini pada kaki. Tapi kalau salah cukur, bukankah situasi ini akan menjadi lebih teruk? It’s a nightmare ladies! Entri kali ini memberi empat tip untuk membuang bulu kaki, jom baca jika mahu tahu tentangnya.



1.Gunakan skrub

Sebelum membuang bulu kaki, skrub kulit anda terlebih dahulu. Melulur kulit sebelum bercukur dapat menanngalkan sel kulit mati dan membantu untuk mengeluarkan semua bulu-bulus halus yang tersembunyi. Kaedah ini dapat membuatkan proses mencukur anda lebih mudah dan kaki menjadi lebih ‘licin’.



2.Pilih pisau cukur terbaik

Ketika membeli pisau cukur, pastikan anda pilih yang sesuai dengan jenis kulit anda. Sebagai contoh jika anda mempunyai kulit kering, pilihlah pisau cukur dengan getah yang melembapkan. Memilih pisau cukur yang sesuai dengan anda akan menjadikan kulit kaki lebih lembut dan rerambut halus sukar tumbuh. Dapatkan juga pisau cukur yang mempunyai beberapa bilah pisau.



3.Cukur Ke atas

Mulakan mencukur daripada pergelangan kaki dan terus ke atas. Pastikan pisau cukur melawan arah rerambut. Ini adalah salah satu taktik yang membuatkan anda mendapatkan teknik cukuran lebih lancar dan lembut. Bahkan bulu kaki juga lambat tumbuh.



4.Gunakan pelembap atau losen

Selepas bercukur dan mandi, oleskan losen atau krim pelebap untuk memberi kesegaran kepala kulit anda. Amalan ini dapat melembutkan kulit kaki serta menjadikan rerambut halus pada kaki tidak kasar.



*Macam-macam cara boleh digunakan untuk mencukur bulu kaki. Anda harus bijak memilih supaya ia tidak merosakkan kulit kaki anda. Jangan sampai tersalah pilih, khuatir bulu kaki jadi kasar dan bergumpal. Oh, tidak mungkin!



5 tips atasi masalah rambut bercabang




5 Tip Atasi Rambut Bercabang



Salah satu tanda bahawa rambut anda sudah memerlukan rawatan dan harus dítrim adalah apabila munculnya cabang di hujung rambut. Dalam erti kata yang lain, hujung rambut anda sudah terbahagi kepada dua! Langkah terbaik bagi mengatasi masalah ini adalah dengan sentiasa trim rambut anda. Selain mampu menghindari masalah rambut bercabang, ia juga adalah satu alternatif bagi anda yang ingin merawat rambut yang rosak.



Jangan sesekali terpedaya dengan produk yang menjamin boleh merawat masalah ini. Anda boleh mengatasinya sendiri dengan lima langkah mudah ini:-



1.PENGGUNAAN RERAPI RAMBUT

Perapi rambut digunakan selepas bersyampu bertujuan untuk melembutkan rambut dan mengurangkan kekusutan rambut.



2.RAJIN MERAPIKAN RAMBUT

Jangan biarkan rambut terus memanjang tanpa dirapikan bahagian hujungnya. Setidak-tidaknya, rapikan bahagian hujung rambut setiap 6 bulan sekali. Selain membuat potongan rambut kembali kemas, ia juga mengurangkan masalah rambut bercabang.



3.PENGGUNAAN MAYONIS PADA RAMBUT BERCABANG
Mayonis bermanfaat untuk melembutkan rambut dengan cara meletakkan satu sudu besar makan mayonis pada rambut. Kemudian, bungkus rambut anda menggunakan ‘shower cap’. Biarkan selama 10-15 minit dan bilas menggunakan syampu hingga bersih.



4.PENGGUNAAN SIKAT

Gunakan sikat yang bergigi jarang supaya ia dapat mengurangkan kecederaan kepada kulit kepala semasa menyikat rambut yang kusut. Dengan ini, kulit kepala anda tidak mengalami sebarang kecederaan dan rambut anda tidak mudah rosak.



5.ELAKKAN PENGGUNAAN AIR PANAS SEMASA MENCUCI RAMBUT

Sememangnya selesa menggunakan air panas untuk mandi dan mencuci rambut. Namun tahukah anda, rambut akan kehilangan lembapan dan mengakibatkan rambut kering serta bercabang jika kerap mandi dengan suhu air begini.



8 resepi turunkan berat badan dengan air detox




Jadilah kreatif, cipta resipi 'infused water' anda sendiri


Kuruskan Badan Dengan ‘Infused Water’


Air ini adalah campuran air kosong dengan rendaman buah-buahan, daun herba atau madu. Ia dibiarkan selama beberapa jam sebelum diminum. Ramai orang yang hendak kurus hari ini telah mencuba infused water. Anda bagaimana?


Justeru itu, air ini dipercayai mampu menguruskan badan secara sihat tanpa mengambil sebarang produk atau ubat pelangsingan. Air ini boleh dijadikan sebagai alternatif untuk tampil sihat. Sangat berkesan, jimat dan mudah untuk disediakan. Jom ketahui lebih lanjut mengenai air detoks ini!



KEBAIKAN AIR DETOKS

• Meningkatkan keberkesanan sistem penghadaman.
• Bantu kita buang air dengan lebih kerap serta mengelakkan sembelit.
• Meningkatkan tenaga
• Meningkatkan kadar serapan vitamin dan nutrien
• Meningkatkan fokus
• Permulaan yang baik untuk kurus
• Mengurangkan risiko barah usus
• Mengekalkan keseimbangan pH dalam darah
• Meningkatkan kesihatan badan secara keseluruhan



CARA MEMBUAT AIR DETOKS

1. Potong bahan-bahan mengikut citarasa
2. Letakkan potongan tersebut di bahagian jar, kemudian tambahkan ais di atas potongan bahan tersebut.
3. Masukkan air sehingga penuh 1 liter dan tutup.
4. Biarkan semalaman sehingga bahan sebati dalam peti ais.



8 Resipi Mudah Untuk Detoks



1. OREN + LEMON + HALIA
Buah oren membantu dalam peredaran darah yang sihat. Lemon pula membantu dalam pencernaan (menyegarkan nafas), dan halia bagus untuk sistem imun.



2. TIMUN, RASPBERI DAN ANGGUR
Timun adalah penghidratan dan menyingkirkan toksin. Raspberi pula mempunyai ciri-ciri anti-radang, dan kandungan anggur melawan kanser dan pembersihan kompaun.



3. RHUBARB, EPAL DAN KULIT KAYU MANIS
Rhubarb mengandungi vitamin K untuk membantu pembekuan darah dan epal mengekalkan kesihatan tulang dan tisu badan. Kayu manis pula merupakan salah satu herba berkesan sebagai penggalak metabolisme badan.



4. STRAWBERI + LIMAU
Strawberi penuh dengan anti-oksidan dan limau pula sangat baik sebagai senjata anti penuaan kerana sifat pemulihan untuk rambut, kulit dan kuku.



5. NANAS + DAUN PUDINA
Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan arthritis, dan daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan.



6. TEH HIJAU + DAUN PUDINA + LIMAU
Ia bagus untuk membakar lemak, penghadaman, sakit kepala dan menghilangkan bau mulut.



7. STRAWBERI + KIWI
Bagus untuk kardiovaskular, perlindungan usus dan kitaran gula darah.



8. TIMUN+ LIMAU + LEMON
Sesuai bagi mengawal nasfu makan, penghidratan, elak perut kembung dan kekal kurus.



4 jenis makanan ringan yang sihat dan sesuai dimakan pada waktu malam




Snek sihat kudapan tengah malam




Ramai yang takut untuk makan lewat malam kerana beranggapan ia akan menggemukkan. Sebenarnya ia bergantung kepada jenis makanan yang anda pilih. Pengambilan makanan malam juga mampu memberikan khasiat kepada tubuh. Jom ketahuinya.



Apabila bercakap tentang snek sihat, burger dan ayam goreng tidak termasuk dalam senarai ini ya. Makanan ringan yang mengandungi karbohidrat berkanji dan lemak tinggi harus dielakkan kerana ia hanya akan memberikan kesan negatif kepada anda.



Berikut adalah beberapa jenis makanan ringan yang sihat, sesuai dijadikan snek pada waktu malam. Ia bukan sahaja dapat mengurangkan rasa lapar, malah juga dapat membantu anda mendapatkan tidur yang lebih lena.



1. Yogurt

Sesuai bagi anda yang mengalami insomnia ataupun kesukaran tidur pada waktu malam, yogurt dikatakan mampu membantu anda untuk tidur dengan lebih lena dan berkualiti. Yogurt mengandungi protein yang tinggi dan kandungan karbohidrat yang rendah.anda juga boleh campurkan buah-buahan seperti strawberi dan blueberi untuk proses antioksidan selain mendapatkan rasa yang lebih sedap.



2. Pisang

Kalau anda nak tahu, kandungan karbohidrat kompleks yang menghasilkan melatonin pada pisang juga mampu membuatkan anda mudah untuk tidur lena. Selain meningkatkan kadar insulin yang dihasilkan bagi membantu tubuh badan mendapat rehat yang mencukupi, kandungan potassium dan magnesium yang tinggi dalam pisang juga boleh membantu otot kita untuk berehat.



3. Roti gandum

Banyak khasiat yang boleh kita dapati daripada roti gandum antaranya, vitamin B kompleks, serat, Vitamin E, zink, zat besi, asam folat dan antioksida. Hanya makan sepotong sandwich bersama salad segar dan daging tanpa lemak mmapu memberikan kesan kenyang dalam tempoh yang lama.



4. Pelbagai buah-buahan segar
Tidak dapat dinafikan, buah-buahan segar seperti epal, strawberi, oren dan banyak lagi merupakan sumber vitamin C terbaik buat tubuh. Buah-buahan ini sesuai dijadikan sebagai snek pada waktu malam. Untuk mempelbagaikan cara memakannya, anda boleh mengisar beberapa jenis buah untuk dijadikan jus. Selain dapat menghilangkan rasa lapar, anda juga dapat melakukan proses detoks yang dapat melancarkan proses penghadaman ketika tidur.



Amalkan snek sihat ini jika berasa lapar pada waktu malam. Elakkan dari mengambil makanan tidak berkhasiat yang akhirnya akan membawa kesan buruk kepada tubuh badan.

5 cara mudah kuruskan badan tanpa keluar wang yang banyak




5 Tip kurus tidak perlu keluar wang!




Ingin berdiet, tapi pening memikirkan perbelanjaan ke gym, harga suplemen yang mahal, dan kos yang perlu dikeluarkan ke kelas-kelas tertentu? Usah risau jika anda tidak berkemampuan untuk ke gym dan bebelanja semua itu. Siapa kata bersenam perlukan perbelanjaan yang banyak? Banyak cara yang kita boleh gunakan dan apa yang menariknya kita boleh lakukannya dalam kehidupan seharian. Jom praktikkan cara mudah untuk kekal sihat!




1. Sesekali makanan kesihatan yang berasaskan bahan semula jadi juga perlu ambil tahu khasiat setiap makanan itu, selain murah, ianya bermanfaat.



2. Belajarlah petua dari orang lama untuk menjaga kesihatan. Biasanya orang lama punyai banyak petua kecantikan dan kesihatan. Hmm....Tidak mengeluarkan wang pun..



3. Selalulah mencari inisiatif untuk mengekalkan kesihatan. Contohnya membuat senam aerobik di rumah, jogging, dan melakukan aktiviti luar yang lasak dan menyeronok



4. Jangan menghabiskan wang anda untuk membeli alat senaman yang mahal. Sesekali gunalah apa yang ada di sekeliling anda seperti bangku, meja dan sebagainya. Aplikasikan tangga di rumah anda untuk latihan mengecilkan peha dan bahagian kaki. Senaman naik turun tangga amat berkesan untuk sesiapa yang inginkan hasil yang cepat. Tetapi perlu dilakukan dengan sistematik ya!



5. Luangkan masa untuk membersihkan kawasan persekitaran. Lakukan aktiviti seperti membakar sampah, menyapu kawasan laman atau juga mencangkul tanah. Ini adalah contoh aktiviti gerakkan dan senaman yang baik. Selain dapat membersihkan kawasan, badan pun menjadi lebih sihat. 


4 tips mudah kawal selera makan anda






















4 Helah Untuk Kawal Selera Makan Anda



Tanpa kita sedari dalam aktiviti seharian kita, ada banyak perkara yang mendorong kepada nafsu makan yang meningkat mendadak. Ha, lepas tu mulalah pening kepala bila berat badan pun ikut bertambah. Lebih-lebih lagi untuk anda yang banyak menghabiskan masa di pejabat. Dengan suasana sejuk di pejabat pasti sahaja mengundang rasa lapar. Okay, jom baca empat trick mudah dan kawal selera makan anda!



1.Jangan skip waktu makan

Jika anda rasa skip waktu makan boleh mengurangkan berat badan, anda ternyata salah! Walau sesibuk mana pun anda, makanlah pada masa yang betul. Anda boleh merancang untuk makan pada setiap empat jam dengan snek makanan yang sihat seperti buah-buahan ataupun bijirin berkhasiat. Cara ini bukan sahaja dapat menstabilkan kandungan gula dalam badan, malah rasa lapar juga akan dapat dikawal.

Perut anda tidak akan berasa lapar dan kuatiti makanan yang diambil juga tidak banyak. Proses pencernaan juga pasti mudah dilakukan.



2.Dapatkan tidur yang cukup

Eh, apa kaitan tidur dengan selera makan? Ha, kalau anda nak tahu ada yang menyangka kurang tidur mungkin dapat membakar lebih kalori. Baiklah, ini kebenarannya. Apabila anda berjaga pada tempoh yang lama, badan secara langsung akan menjadi kurang bertenaga. Anda juga akan mengurangkan aktiviti disebabkan badan yang tidak bermaya. Hal ini secara tidak langsung akan mengundang kepada peningkatan nafsu makan kerana badan memerlukan tenaga untuk meneruskan aktiviti.

Hormon dalam badan juga akan menjadi tidak stabil dan awas, kerana risiko menghidapi pelbagai penyakit lain juga adalah tinggi. Jadi, cuba untuk mengatur masa rehat dan tidur anda dengan betul dan seimbang.



3.Minum air yang banyak.
Apabila anda berasa lapar, minum segelas air masak. Anda juga boleh menambah sedikit perahan lemon agar terdapat sedikit perasa . Air dapat membuatkan perut anda berasa penuh dan rasa lapar juga dapat dikurangkan.



4.Periksa sebab rasa lapar

Apabila perut berasa lapar, periksa semula bila masa terakhir anda makan. Pastikan anda mengikuti masa makan berkala empat jam tersebut. Jika anda berasa sungguh berselera untuk makan walaupun ketika perut anda tidak menunjukkan rasa lapar, ia adalah nafsu semata-mata. Ia lebih kepada keinginan untuk makan makanan yang terbayang di fikiran anda. Hati-hati ya, jika dituruti nafsu makan ini ia boleh menjurus kepada kegemukkan.


Benarkah ketam dapat membantu memulihkan demam denggi

Benarkah ketam dapat membantu memulihkan demam denggi.


Rawat Denggi Dengan Ketam?






Musim banjir berlalu, kini tiba pula musim demam denggi menyerang. Menurut sumber daripada Sinar Harian, enam kematian telah dilaporkan akibat serangan denggi dalam dua minggu pada awal tahun 2014. Difahamkan juga, sejumlah 1,946 kes demam denggi dilaporkan seluruh Negara dalam tempoh 5 hingga 12 Januari, meningkat 907 kes (87.3 peratus) berbanding 1,039 kes pada minggu sebelumnya. Huh, bukan main-main serangan denggi kali ini ya. Tahukah anda, ketam didakwa dapat membantu dalam proses pemulihan daripada denggi ini?



Wah, pasti saja ramai yang tidak mengetahui selain enak dimasak gulai, ketam juga kaya dengan pelbagai khasiat lain. Ada yang mengatakan ia mujarab dalam merawat denggi juga penyakit chikungunya yang diakibatkan oleh bawaan nyamuk. Ketam seperti ketam nipah dikatakan perlu dimasak sebagai sup dan pesakit perlu minum serta makan isinya sekali untuk tujuan meningkatkan kadar platelet darah secara cepat dalam badan.



Pesakit denggi biasanya akan mengalami penurunan kadar platelet yang mendadak dalam tempoh beberapa hari dijangkiti virus ini. Dan menurut pembacaan kami, terdapat beberapa kajian yang mengatakan ketam mengandungi protein tinggi yang dapat membantu membina semula platelet darah yang hilang akibat serangan virus denggi.



Namun begitu, pemeriksaan daripada doktor haruslah diutamakan. Mereka juga lebih arif dalam hal ini. Bagi anda yang alergi kepada makanan laut seperti ketam pula, baiklah anda dapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu. Ingat, sentiasalah kekal sihat untuk cantik.

Risiko menggunakan ubat kurus




Bahayakah Kurus Dengan ‘Ubat Kurus’?






Siapa tidak suka jika mempunyai bentuk badan persis seorang ‘supermodel’. Namun, impian sebegitu tidak mungkin tercapai jika tiada usaha sendiri untuk melakukan ‘workout’ dan diet ketat yang seimbang. Justeru, jalan pintas ditemui untuk mencapai impian tanpa sebarang latihan yang menyusahkan diri. Penjualan ubat kurus, pil diet atau pil pelangsingan badan telah menjadi perniagaan cukup menguntungkan.



Walaupun tahu tentang risiko kesihatan yang bakal dihadapi, namun, seolah-olah ia tidak hiraukan. Mahukah anda merasai pengalaman ‘kurus sementara’ sebelum merana dengan pelbagai masalah kesihatan lain kelak?



Lebih menggerunkan jika ubatan yang diambil tidak mendapat saringan daripada doktor bertauliah. Dalam kebanyakkan kes yang membabitkan produk pelangsingan badan yang diharamkan, ia didapati mengandungi bahan kimia seperti phentermine, amphetamine,sibutramin, fenfluramine yang diakui mampu mengurangkan berat badan tetapi kesan sampingan yang akan dihidapi penggunanya kelak tidak kurang hebatnya.



Risiko serangan sakit jantung dan angin ahmar tidak cukup untuk menakutkan golongan ini. Mungkin juga mereka tidak tahu bahawa ramai rakan pengguna yang telah mendapat penyakit mental seperti bipolar manic, psikosis dan delusional disorder ataupun halusinasi akibat penggunaan ubat diet ini.



Fuhh, bukan mainan kesannya ya. Tiada gunanya jika kita kurus dengan penyakit. Bagi anda yang lain, lupakan saja niat untuk mengambil ubat kurus untuk kelihatan langsing dalam kadar yang cepat. Hakikatnya, kurus atau langsing bukan perkara mudah yang mampu dicapai dalam tempoh yang singkat. Sebaliknya, kurus adalah gabungan pengambilan diet terjaga, senaman yang kerap dan mungkin jika anda memerlukan pil pelangsing, ia mestilah dengan kebenaran doktor bertauliah. 


3 rahsia tubuh seksi jennifer aniston




Jennifer Aniston amal pemakanan berunsur organik


Tiru Rahsia Tubuh Seksi Jennifer Aniston


Oleh:Siti Murliza



Mesti ramai yang cemburu apabila melihat selebriti yang sudah memasuki usia 45 tahun ini masih kelihatan seperti anak dara. Tentu saja pelakon ini mempunyai rahsia tertentu untuk mengekalkan tubuh badan sentiasa ramping dan awet muda ini.



1. Workout Berterusan

Sesibuk mana pun, anda perlu melakukan senaman walau sekadar 15 minit. Senaman secara berterusan akan membantu tubuh sentiasa segar dan bertenaga. Lama-kelamaan anda akan terbiasa dengan senaman setiap hari.



"Biarpun saya menetap di hotel, saya tetap boleh bersenam. Sama ada saya sedang menonton televisyen atau berbual di telefon, saya akan melakukan regangan otot dan melakukan sit up."



2. Pilih Organik

Berdiet tidak semesti anda perlu mengawal pemakanan. Anda bebas makan dengan banyak asalkan makanan yang diambil tidak mengandungi lemak dan karbohidrat yang tinggi.



Bagi Jennifer, dia lebih memilih buah-buahan dan sayur-sayuran organik, mengurangkan gula dan minum banyak air kosong untuk mengekalkan berat badan ideal.



3. Yoga

Ambil masa selama 5 hingga 15 minit untuk beryoga bukan saja memberi ketenangan tetapi melonggarkan otot yang tegang. Menurut Jennifer, usah segan mengikuti kelas yoga untuk melatih anda yang baru pertama kali beryoga kerana yoga memerlukan teknik tertentu.



"Ohh... Saya benci sukan lasak seperti boot camp! Saya hanya mahu kekalkan bentuk badan dan sihat. Saya tidak perlu jurulatih yang menjerit ke arah saya."



Tidak dapat berlakon dan bertemu bintang Hollywood ini secara dekat pun tidak mengapa asalkan anda dapat mencapai perut kempis, lengan, peha, pinggang yang ramping dan pejal!


4 perkara memalukan yang biasa terjadi ketika bersenam




Terkentut Ketika Bersenam Perkara Biasa



Oleh:Emy Rapi



Terkentut Ketika Bersenam Perkara Biasa



OMG! Malunya ada perkara pelik berlaku pada saya ketika bersenam! Jangan risau, kerana kebanyakan wanita mengalami tiga insiden yang pelik ini ketika melakukan gerakan senaman. Jom ikuti artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut tentangnya.



1. Malunya, saya terkencing!

Sebuah kaji selidik yang dilakukan oleh Lauren Streicher, M.D., lebih kurang 25 peratus wanita akan melalui pengalaman terkencing ketika bersenam. Anda tidak keseorangan! ‘Kebocoran’ berlaku kerana otot lantai pelvik yang lemah. Ia adalah normal kerana gerakan senaman yang mungkin ‘berat’ untuk tubuh anda. Masalah inkontinens (terkencing sedikit) yang berlanjutan harus mendapat rawatan dari doktor. Ia mungkin satu jangkitan. Menurut pengarang Exercise After Pregnancy, Helene Bryne, senaman untuk lantai pelvik dan otot abdomen boleh mengatasi masalah ini.



2. Eh, puting timbul?

Tahukah anda, bahagian areola mempunyai serat otot yang akan ‘bekerja’ apabila terangsang? Menurut Shilpi Agarwal, M.D., pakar perubatan keluarga dan holistik, rangsangan bukan sekadar berlaku ketika waktu tidur. Ketika senaman, kombinasi pergerakan, peluh, perubahan suhu pada kulit juga akan menyebabkan rangsangan pada areola.



3. Oh, tidak! Saya terkentut!
Senaman akan menyebabkan peristalsis iaitu gerakan otot dalam saluran pencernaan yang menggerakkan makanan atau cecair melaluinya. Gerakan senaman yang meningkatkan tekanan pada bahagian abdomen seperti skuat, lunges, dan crunches, akan membebaskan gas yang ada dalam sistem penghadaman. Untuk mengelakkan kentut ketika bersenam, awasi apa yang anda makan 30-60 minit sebelum itu. Satu info menarik, brokoli juga penyumbang kepada penghasilan gas dalam perut.



4. Kentut vagina? 

Biasanya akan berlaku ketika membuat gerakan yoga atau pilates. Ketika anda bergerak, udara akan terperangkap di dalam vagina dan ‘terlepas’ ketika anda menukar posisi. Senaman kegel ketika melakukan yoga sangat disarankan bagi mengatasi masalah ini.

Resipi smoothie untuk mengekalkan momentum tenaga ketika berlari




















Minum Smoothie Sebelum Berlari

Ayuh, kita berlari! Memandangkan anda tidak suka bersenam di gimnasium dan tiada masa untuk beri komitmen ke kelas aerobik, apa kata berlari sahaja? Tidak perlu keluar modal dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Pada awalnya mungkin anda akan letih, tetapi lama-kelamaan apabila sudah biasa, ‘kacang’ saja setakat nak berlari satu pusingan di taman


Apa kata anda cuba resipi smoothie ini jika mahu mengekalkan momentum tenaga ketika berlari:-


Sesetengah orang boleh berlari mahupun bersenam dengan perut kosong. Tetapi bukan semua mampu berbuat begitu. Anda harus makan (kuantiti sedikit) tetapi kerap bagi mengelakkan anda daripada pitam. Snek ideal sebelum memulakan senaman haruslah mudah dihadamkan dan kaya dengan karbohidrat. Minum smoothie ini 30-60 minit sebelum berlari.



Bahan-bahan:-

½ cawan strawberi, beri biru, atau beri campuran

½ biji pisang

½ cawan yogurt asli

¼ susu (boleh pilih sama ada susu skim, soya atau badam)

Beberapa ketul ais



Cara membuatnya:-

Campurkan kesemua bahan dan kisar sehingga halus. Nah, sekarang anda boleh menikmatinya!

5 info menarik tentang senaman larian.



Ayuh, kita berlari! Memandangkan anda tidak suka bersenam di gimnasium dan tiada masa untuk beri komitmen ke kelas aerobik, apa kata berlari sahaja? Tidak perlu keluar modal dan boleh dilakukan di mana-mana sahaja. Pada awalnya mungkin anda akan letih, tetapi lama-kelamaan apabila sudah biasa, ‘kacang’ saja setakat nak berlari satu pusingan di taman. Entri kali ini adalah berkaitan info larian. Moga-moga anda akan tertarik untuk mencuba aktiviti ini nanti.



Info 1

Para pengkaji kesihatan di Denmark menemui bukti bahawa aktiviti larian selama dua jam setiap hari dapat memanjangkan usia seseorang sehingga enam tahun lamanya. Bukankah hebat?



Info 2

Mengalami kesukaran untuk fokus terhadap sesuatu? Menurut kajian melalui Women’s National runner Survey mendapati 66 peratus wanita yang berlari mengakui mereka lebih fokus, tidak stres, dan lebih bertenaga daripada sebelum mereka melakukan aktiviti ini.



Info 3

Kata Jeff Brown, Psy.D., dari Harvard Medical Centre Amerika Syarikat, bagi memantapkan mutu larian anda, sediakan satu mantera khas untuk membantu anda melaluinya. Tahukah anda, kata-kata semangat seperti “I can do it” atau “Kalau nak sihat, aku kena berlari” dapat membantu seseorang untuk kekal positif sepanjang lariannya.



Info 4

Penolong Pengarah di UCLA Center fo Human Nutrition, Susan Bowerman mengatakan empat jam sebelum berlari, minumlah 350ml air kosong. Dua jam kemudian, jika air kencing anda berwarna seperti jus epal atau lebih gelap, minumlah 350ml air kosong lagi. Berlari melebihi satu jam, memerlukan anda menggantikan cecair yang keluar daripada tubuh dengan meminum 480ml air isotonik.



Info 5

Seandainya anda masih tidak biasa untuk berlari, mulakan dengan latihan berjalan kaki. Panduannya mudah, buat tiga kali latihan berlari/berjalan selama 20 minit setiap minggu. Sesudah anda mendapat momentumnya, barulah tingkatkan intensiti larian.

5 makanan ringan yang membantu diet anda



Makan banyak bila di pejabat? Bila duduk depan komputer, lagi banyak mengunyah. Apa nak buat ni? Elak makan, perut lapar. Nak makan pula, semuanya 'junk food' dalam laci. Apa mahu buat?




















5 Snek Terbaik Di Pejabat



Oleh:Emy Haznida Rapi



Sudah menjadi norma biasa kita akan makan sesuatu apabila berada di hadapan komputer. Mungkin anda juga sedang mengunyah ketika membaca entri ini? Daripada anda beli makanan-makanan yang tidak menyihatkan untuk makan tengah hari atau snek minum petang di pejabat, apa kata penuhkan laci meja dengan sesuatu yang boleh anda ‘gabungkan’ menjadi makanan yang enak? Tak perlulah keluar makan, jimat masa dan tenaga kan? Keri Gans, R.D., pengarang buku The Small Change Diet berkongsi idea tentang ‘stok makanan’ yang perlu ada, jika tiba-tiba perut berbunyi kelaparan.



Roti gandum penuh

Sandwic adalah yang plaing mudah untuk disediakan. Usah makan roti kosong, tetapi letaklah sesuatu pada roti anda untuk menyediakan makan tengah hari yang ringkas, dan pantas!



Yogurt rendah lemak

Boleh dimakan begitu saja. Snek yang sihat kan? tetapi jika anda masukkan buah-buahan atau kekcang di dalamnya, ia akan menjadi hidangan tinggi nutrisi. Boleh buat banyak sedikit, sebagai bekalan untuk makan malam pula.



Tuna atau ayam dalam tin

Makanan-makanan ini tidak perlu dimasak, jadi ia mudah disediakan. Pilihlah jenis tuna atau ayam yang dipaketkan dalam air berbanding minyak kerana ia lebih rendah kalori. Letakkan sedikit mustard atau mayones dan nikmati dengan roti gandum penuh anda. Nah, siap!



Badam atau mentega kacang

Kekacang merupakan sumber protein, yang membuatkan anda lebih bertenaga. Terpulang mana satu pilihan anda, sama ada mahu dicampurkan ke dalam yogurt atau dinikmati bersama roti. Tapi ingat, jangan makan berlebihan pula ya kerana makanan-makanan ini juga mengandungi kandungan kalori.



Buah-buahan

Selain dijadikan snek, buah-buahan boleh dijadikan hidangan versatil apabila dicampurkan ke dalam yogurt. Selain itu, anda boleh makan buah bersama roti. Bayangkan mentega kacang dimakan bersama pisang? Sedapnya!



*Siapa kata makanan sihat tidak sedap? Anda perlu menjadi lebih kreatif dan mulakan langkah pertama untuk mengubah diet harian anda. Jangan pernah katakan Tidak! pada diet. Jika betul pada caranya, hidangan sihat lebih enak daripada makanan yang selalu anda makan.


Bakar 300 kalori dengan main Skipping selama 30 minit.

Semua orang boleh lompat tali. Hanya dengan melompat tali, seseorang boleh membakar sehingga 300 kalori dalam tempoh 30 minit melakukannya. 

Bukannya susah, dan tidak ambil masa yang lama pun. Mengapa berkira-kira untuk melakukannya? Ikuti entri ini untuk lebih info tentang lompat tali.



Bakar Kalori Dengan Melompat


Oleh:Emy Haznida, Rapi



Semua orang boleh lompat tali. Hanya dengan melompat tali, seseorang boleh membakar sehingga 300 kalori dalam tempoh 30 minit melakukannya. Bukannya susah, dan tidak ambil masa yang lama pun. Mengapa berkira-kira untuk melakukannya? Ikuti entri ini untuk lebih info tentang lompat tali.



Info:- Bagi yang baru bermula, anda dinasihatkan untuk tidak memaksa tubuh. Memadailah anda membuat 20-25 kiraan lompatan. Lakukan perlahan-lahan. Ingin dingatkan, satu set lompat tali yang sempurna adalah apabila anda berjaya membuat kiraan lompatan yang ditetapkan tanpa berhenti. Jika anda terhenti di tengah jalan, maka mulakan dengan kiraan satu semula.



Info:- Lompatan yang selamat adalah tidak melebihi 30 sentimeter daripada paras tanah atau lantai. Melompat lebih tinggi daripada itu akan memudahkan anda untuk merasa penat. Selain itu, ia juga menggalakkan kecederaan pada otot kaki anda.

Menurut Peter Schulman, MD, profesor dalam bidang kardiologi dan perubatan pulmonari, University of Connecticut Health Center di Farmington, aktiviti lompat tali juga dapat menguatkan bahagian atas dan bawah tubuh serta membakar kalori dalam tempoh masa yang singkat, mengikut kemampuan seseorang.

Selain itu, Schulman juga mengatakan lompat tali adalah aktiviti sampingan yang boleh dilakukan selain senaman lain yang lebih berat untuk kesan yang efektif. Aktiviti melompat tali memberi tekanan kepada lutut, pergelangan kaki, dan pinggul, tetapi ia merupakan aktiviti impak rendah berbanding berjoging.

Info:- Sebanyak 70-110 kalori dapat dibakar dalam satu sesi selama sepuluh minit, manakala 1000 kalori dalam tempoh satu jam. Hebatnya! Untuk mengelak rasa bosan, tukar cara lompatan anda.

*Anda boleh melompat dengan sebelah kaki, kedua-dua belah kaki, melompat cara skip, berlari-lari anak atau mengangkat lutut setiap 30 saat untuk mempelbagaikan lompatan tali. Untuk lebih seronok, iringi dengan muzik.

TURUN BERAT BADAN

Sebelum menurunkan berat badan, anda harus ada pengetahuan tentangnya. Untuk penegtahuan anda, terdapat 3500 kalori dalam berat (satu paun), untuk menurunkan satu paun seminggu, anda harus bakar 700 kalori setiap hari. Lompat tali selama 30 minit dapat membakar sehingga 300 kalori. Jadi untuk menurunkan satu paun berat badan dengan hanya membuat skiping selama 30 minit setiap hari dan potong 400 kalori daripada diet.

Formula mudah:-

30 minit lompat tali (300 kalori) + potong (400 kalori) daripada menu diet = 700 kalori dibakar setiap hari.

*Dalam seminggu, anda berjaya kurangkan satu paun!